Ini hasil browsing rumah Kak Ita Masam Manis .... sedap masakan nie ... selain rasa lemak butter ada juga rasa pedas kari .. ala kemelayuan gitu.
Terima kasih Kak Ita kerana sudi berkongsi resepinya. Nak lebih teruja lawatilah blog Kak Ita, terus nak masuk dapur & masak tau. Dibawah Yatie copy & paste resepinya.
Resepi : UDANG GORENG BUTTER BEREMPAH
Sumbangan : Kak Ita Masam Manis (http://fromintankitchen.blogspot.com/)
1 kg udang (cuci bersih)
1 tangkai daun kari (hiasan)
2 sudu besar butter
Garam & gula secukup rasa
Untuk Perapan
2 sudu besar rempah kari daging
1 biji telur
1 sudu esar tepung jagung
garam secukup rasa
Perap udang bersama bahan perapan lebih kurang 20 minit.
Kemudian goreng udang dlm minyak panas, angkat & toskan, ketepikan.
Untuk Ditumis
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 biji bawang putih cincang halus
5 biji cili padi hiris halus
2 tangkai daun kari & hiris halus daunnya (saya ikut Kak Ita campak aje semua)
Panaskan butter dlm kuali.
Tumiskan bahan tumis sehingga naik bau
Kemudian masukkan udang & gaul rata serta sebati.
Letak garam & gula secukup rasa
Taburkan daun kari sebagai hiasan.
Ok resepi dah ada, bahan-bahannya pun senang .. bolehlah mencubanya pula.
No comments:
Post a Comment