MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Monday, December 3, 2012

COKELAT MOIST BROWNIES

Ha! Apa tu dalam bekas ... Cokelat Moist Brownies ... sedap ... resepi sumbangan Roz di RNet. Resepinya siaran ulangan tapi tak apalah Yatie pos kan aje.
 Nak mencubanya ... jom kita ke dapur. Cari dulu bahan-bahan yang diperlukan dulu.

BAHAN-BAHAN:

185gm tepung gandum
30gm serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1/2 (setengah) sudu teh soda bikarbonat
205gm kacang
125gm butter
200gm cokelat masakan dicincang
250gm gula kastor
2 biji telur (dipukul sedikit)
90gm sour cream/fresh milk

Dah ada semua bahan-bahan ... jom kita mengadunnya.
Cara-cara membuatnya:
1. Tepung, koko, baking powder & soda bikarbonat sebatikan
2. Masukkan kacang
3. Cairkan butter & cokelat, alihkan dari api & masukkan gula, telur & sour cream/fresh milk
4. Pukul sebati.
5. Campurkan kesemua adunan sehingga sebati dan bakar 30 -35 minit anggaran suhu 180C atau sehingga masak.


No comments: