MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Thursday, November 13, 2008

KEK PERKAHWINAN 3 TINGKAT

Kali ini Yatie paparkan coretan kek perkahwinan 3 tingkat menggunakan sugarpaste. Kek ini ditempah oleh Ninie dari Bandar Baru Sentul dan ideanya juga datang dari Ninie yang mahukan bentuk 6 segi serta jambangan bunga ros yang bertemakan warna ungu.
Kek yang Yatie gunakan adalah kak pelangi. Gambar diatas adalah gambar kek pelangi yang masih belum dihias lagi.


Ini kek tingkat paling atas sekali. Mula-mulanya ini adalah the original idea tapi Yatie tokok tambah lagi dengan bunga-bungaan sebab rasa macam kosong sangat. Jadi Yatie tambahkan lagi accessoriesnya. Hasilnya boleh dilihat di salah satu gambar dibawah.

Konon-konon nak buat close-up tapi inilah jadinya. Kadang-kadang tu jadi. Ini tak jadi plak. Lepas nie kena pergi kelas photography la pulak.
Gambar-gambar ini pula di ambil dari pandangan atas serta pandangan sisi.




No comments: