MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Sunday, November 6, 2011

KEK KARAMEL

Biasa dah dengar orang duduk bercerita pasal kek karamel nie ... tapi bila tengok resipi ... mak aiii ... lecehnya .. dah aku ni tahap malas.... macam mana nak buat. Jalan-jalan pulak kat blog Azlita masam manis, prghhhh, gambar-gambar kek karamelnya membuatkan aku teruja sungguh-sungguh. Berkobar-kobar semangat aku untuk membuatnya. Yang pelik tu malam tu ada tempahan nak disiapkan, aku gagahi jua. Thank you Azlita masam manis, semangatmu telah membakar semangatku untuk meneruskan perjuangan ini ... chewahhhh ... bersandiwara plak.

Tapi bila dah dapat tengok hasilnya seperti dibawah ... lega & sejuk hati .... yeehaaa !!!! aku berjaya 1st time walaupun ada cacat celanya pada kekku ini.



Bagi yang ingin mencuba, resipinya disertakan. Nak lebih teruja lawatilah bloh Azlita Masam Manis ... anda akan terlebih teruja untuk mecubanya.

KEK KARAMEL

RESEPI : PUAN MUNIRA BAHAROM

SUMBER : KAK ANNA

SAYA PUNYA SUMBER : AZLITA MASAM MANIS


BAHAN A: (GULA HANGUS)

2 sudu besar diletakkan di acuan yang kita nak masak kek tu. Kalau acuan size 8 .. ha ... kat situ le ratakan gula & di masak atas api sehingga perang.

Biarkan gula sejuk. Dia akan mengeras & retak, macam bunyi kaca pecah pun ada


BAHAN B: (KARAMEL)

1 cawan susu cair

1 cawan susu pekat manis

1 sudu teh vanilla

3 biji kuning telur

2 biji telur


BAHAN C: (KEK)

140gm tepung gandum

70gm gula kastor

3 biji kuning telur

135ml air

1 sudu teh baking powder

45ml minyak masak

2 sudu besar susu pekat (optional ditambah oleh Azlita Masam Manis)


BAHAN D : (MERINGUE)

6 biji putih telur

70gm gula kastor

1 sudu teh krim tartar


CARA MEMBUATNYA:

1) Sediakan gula hangus (BAHAN A) dan ketepikan

2) Kacau BAHAN B perlahan dan sebati. Tapi jangan sampai berbuih. Tips dari Azlita nanti tak menjadi

3) Tapis BAHAN B dan masukkan dalam acuan yg mengandungi BAHAN A, ketepikan

4) Pukul BAHAN C dan ketepikan

5) Pukul BAHAN D sampai kembang

6) Campurkan BAHAN C ke dalam BAHAN D dan sebatikan menggunakan senduk aje hingga sebati
7) Bahagikan ke beberapa warna mengikut suka dan masukkan ke dalam acuan yang mengandungi karamel.

8) Bakar secara double boiler selama 1 jam 10 min suhu 175C mengikut kesesuaian oven masing-masing

9) Bakar menggunakan api bawah selama 40 min dan selebihnya api atas bawah.

10) Sejukkan kek sebelum diterbalikkan

11) Sejukkan didalam peti ais


SELAMAT MENCUBA !!!!!!

Ini kali pertama Yatie mencubanya ... gembira sangat-sangat tapi karamelnya hancur sedikit sebab tak sabar nak tunggu kek sejuk dah terbalikkan dulu .... heheheheh ... keterujaan melampau orang kata.


Ini percubaan ku kali kedua ............. walllahhhhhhhhh ... fantastica ... I did it !

3 comments:

cikgusaza CakesnCookies said...

Kalau nak beli berapa harganya?

Delicious Food said...

Buat masa nie tak ambil tempahan utk kek karamel ... masih peringkat percubaan lagi ... takut2 ambil order tak jadi plak .... thank you

Delicious Food said...

Buat masa nie tak ambil tempahan utk kek karamel ... masih peringkat percubaan lagi ... takut2 ambil order tak jadi plak .... thank you