Eh! Apa nie ..... inilah Puding Balqis. Kenapa diberi nama Balqis tak le teman tahu pasal asal usulnya .... yang teman tahu, kawan anak teman ada yang namanya Balqis.
Saya berjalan-jalan ke blog Azlita Masam Manis (lawat le blog beliau, syok gila). Banyak sungguh resipi-resipi yang beliau telah paparkan untuk dikongsi bersama. Terimakasih kepada beliau kerana berkongsi bersama resipi-resipi yang sedap-sedap belaka. Ditambah pula dengan kebolehan beliau mengambil gambar yang cun ... prghhhh ... teruja betul ... terus masuk dapur.
Bagi yang ingin mencuba, saya sertakan disini resipi Puding Balqis yang saya salin semula dari Azlita Masam Manis blogspot. Tak silap saya K Ita dapat resipi ini dari K Nor @ secubit garam).
BAHAN-BAHAN:
10gm serbuk agar-agar
450ml air
150ml susu cair
2 biji telur gred A (saya pakai gred biasa je)
5 sudu besar gula
3 sudu besar butter
1 sudu teh vanilla
pewarna ikut cita rasa
CARA MEMBUATNYA:
- Masak agar-agar dgn air & gula hingga mendidih barulah dimasukkan butter & susu cair. Masak lagi hingga mendidih & dikacau.
- Masukkan vanilla & padam api. Biarkan seketika selama 15 - 20 minit.
- Di bekas lain, pukul telur hingga kembang & kemudian masukkan adunan agar-agar kedalam adunan telur perlahan-lahan sambil dikacau sebati.
- Akhir sekali bubuh lah pewarna mengikut citarasa sendiri. Disini saya teruja dengan gambar yang dipaparkan di blog Azlita Masam Manis, saya mengikut beliau dengan warna putih (perisa vanilla), chocolate muda (perisa nescafe - setengah peket nescafe + 1 sudu air panas) dan chocolate pekat (perisa chocolate)
SELAMAT MENCUBA !!
No comments:
Post a Comment