MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Tuesday, November 15, 2011

KEK PANDAN LAPIS

Jom ... jom ... mari kita cuba kek pandan lapis nie ... terbaeeekkk ... Dalam banyak2 resipi yg Yatie cuba ini yang terbaik, tersedap dan termudah. Almaklumlah penyakit 'M' memang sentiasa ada dalam diri nie. Asal tengok resipi pelik2 sikit dah ketar tangan dan otka mula kata "Ah! Malas lah". Tapi kali ini Yatie berjaya mencubanya hasil browsing thru blog kat Kak Azlita Masam Manis.

KEK PANDAN LAPIS

BROWSING THROUGH BLOG AZLITA MASAM MANIS

RESIPI SUMBANGAN SWEET4EVER


BAHAN2:

150 gm tepung superfine/tepung kek

150 gm gula kastor

5 biji telur gred A (Yatie main belasah aje tak le plak tahu size apa ... heeheh)

1 sudu besar ovalette

80ml air daun pandan (Yatie ikut Azlita ganti dgn susu segar)

80ml minyak/mentega cair

1 susu teh paste pandan

1 sudu teh baking powder

pewarna hijau (tak pakai pun sebab pandan paste dah ada perwarna hijau)


CARA MEMBUATNYA:

1. Gula, ovalette, serbuk penaik & telur sebatikan. Pukul sehingga pekat & gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.

2. Masukkan air daun pandan (susu segar), pes pandan & perwarna. Pukul kelajuan tinggi selama 5 minit atau sehingga kek menjadi ringan.

3. Akhir sekali tuangkan minyak/mentega cair dan cuma digaul dengan senduk aje.

4. Bakar 45 minit suhu 150 - 180 mengikut kesesuian oven masing-masing.

5. Bila kek dah masak, keluarkan & dikeluarkan terus dari acuan.


BAHAN UNTUK KASTAD PANDAN:


BAHAN A:

180 gm gula kastor

500 ml air daun pandan

1 sudu makan serbuk agar-agar


BAHAN B:

400ml santan pekat

85gm tepung hoen kwee hijau

1 sudu teh perwarna hijau

secubit garam


CARA MEMBUATNYA:

1. Satukan Bahan A & masak atas api sederhana hingga mendidih. kacau hingga gula hancur.

2. Satukan Bahan B & masukkan dalam adunan A. kacau atas api slow hingga pekat & mendidih.

3. Setelah sejuk bolehleh dilapiskan & disapu atas kek


SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!


No comments: