

BAHAN-BAHAN:
Tepung Beras
Daun Pandan (dptkan pati air daun pandan)
Pewarna Hijau (jika suka)
Santan
Gula
Garam
Air
Daun Pisang dibuat acuan 4 segi
LAPISAN BAWAH
Daun Pandan dlm 10 helai dihancurkan dgn sedikit air utk dptkan pati air daun pandan
1 cwn tepung beras + 3 cwn air + air daun pandan (kalu malas nak buat nie, cuma masukkan perisan pandan + pewarna hijau skit)
sebatikan semuanya
LAPISAN ATAS
1 cwn tepung beras + 4 cwn santan + sedikit garam (utk bagi rasa lemak)
sebatikan semuanya
CARA MEMBUAT
Dimulakan dgn lapisan bawah, dimasukkan gula 1 sudu kecil ke dlm acuan daun pisang + dimasukkan lapisan bawah (bewarna hijau) memenuhi setengah acuan daun pisang
dikukus sehingga masak & dikeluarkan
Selepas lapisan bawah masak, masukkan adunan lapisan atas memenuhi acuan daun pisang & dikukus sekali lagi hingga masak.
Sudah siap & boleh le dimkn.
Kuih tepung pelita amat banyak didapati ketika menjelang bulan puasa. Anak-anak Yatie suka menikmati kuih tepung pelita ini jika disejukkan terlebih dahulu didalam peti ais.
SELAMAT MENCUBA !!!!!!!