MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Sunday, September 28, 2008

TRIVIA KEK GULA HANGUS, PELANGI, AFRICAN MARBLE, ORANGE MARBLE & PANDAN MARBLE

Yatiecooking ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ribuan terimakasih atas tempahan-tempahan Hari Raya kepada semua pelanggan-pelanggan Yatiecooking. Terimakasih yang tidak terhingga atas sokongan anda.Pandan Marble & Orange Marble yang ditempah oleh Zaiton dari Kota Damansara.
Kek Pelangi yang ditempah oleh Zaiton di Kota Damansara, Nani dr Jln Tun Razak, Kak Kam & Kak Wan dari Brunei Embassy.
Kek Gula Hangus yang ditempah oleh pelanggan Liza.

Kek African Marble yang ditempah oleh Ninie di UBN Tower, En Hamid, Kak Wan & kak Kam di Brunei Embassy & Zaiton dari Kota Damansara.

BISKUT SARANG BURUNG

Biskut Sarang Burung salah satu Yatie buat untuk makan sendiri. Suka sangat dengan biskut ni sebab senang nak buat dan 'cute' je.
Resipi ini adalah sumbangan dari kak Baya dari RNET.
BAHAN-BAHAN:
2/3 cawan butter
1/3 cawan gula
2 kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
1/2 sudu teh garam
1 1/2 cawan tepung serbaguna
2 putih telur (pukul skit)
3/4 cawan badam yg dipotong memanjang (Yatie pakai badam dadu)
strawberry jem
CARA-CARA:
1. Campurkan butter + gula, pukul hingga sebati
2. Masukkan kuning telur, vanilla + garam.
3. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit
4. Bentukkan doh kepada bentuk bulat. Masukkan ke dlm putih telur sekejap kemudian rollkan ke dlm badam.
5. Letak di atas dulang & tekenkan ditengah dengan jari supaya menjadi sedikit lubang.
6. Bakar selama 15 - 17 minutes. Kalu oven saya 12 minutes, 150C
7. Setelah masak angkat & sejukkan & jgnlupa pipingkan strawberry jem ditengahnya.

SELAMAT HARI RAYA

KEPADA SEMUA PELANGGAN, SAHABAT, RAKAN TAULAN, JIRAN DAN PENYOKONG-PENYOKONG YATIECOOKING, YATIE INGIN MENGAMBIL KESEMPATAN INI UNTUK MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DAN MOHON MAAF JIKA SEPANJANG PERKENALAN KITA YATIE TERKASAR BAHASA ATAU MENYINGGUNG PERASAAN.

TERIMAKASIH ATAS SOKONGAN ANDA SEMUA.

YATIECOOKING JUGA AKAN BERCUTI BERMULA 29HB SEPTEMBER - 5HB OKTOBER. DIHARAPKAN SEBARANG TEMPAHAN UNTUK BULAN OKTOBER DILAKUKAN SEKURANG-KURANGNYA 10 HARI LEBIH AWAL.

SELAMAT HARI RAYA KEPADA SEMUA. BAGI YANG MEMANDU, BERHATI-HATI DIJALAN RAYA.

Saturday, September 27, 2008

COCONUT CORNFLAKE BADAM

Biskut Coconut Cornflake Badam merupakan hasil jualan Biskut Raya 2008. Permintaannya sungguh memeberangsangkan. Terimakasih kepada penyumbang resipi di RNet cuma Yatie tak ingat namanya. Penyumbang resipi memberi nama Coconut Cornflake Crunchies cuma Yatie modify lagi dengan menambah badam. Maka terhasillah Coconut Cornflake Badam.

BAHAN-BAHAN COCONUT CORNFLAKE BADAM

A
210gm butter
160gm icing sugar

B
2 kuning telur
vanila

C
180gm tepung serbaguna (Yatie pakai tepung gandum)
60gm kelapa kering (Yatie guna 80gm)
100gm cornflake (Yatie guna 150gm & diramas)
(Yatie tambah 100gm badam)

CARA-CARA:
Adunkan A sehingga sebati.
Masukkan bahan B ke dalam A. Setelah sebati masukkan bahan C & diuli.
Leper-leperkan aje seperti dalam gambar.
Bakar 150C selama 10 minit atau masak kekuningan. Bolehlah membetulkan masa dan suhu mengikut kesesuaian oven masing-masing.

BISKUT DAHLIA

Hmmm ... tahun nie merupakan dalam sejarah hidup mencuba Biskut Dahlia. Teringin nak buat tapi takut tak menjadi bunganya. Cubaan kali ini pun hampir-hampir tak jadi tapi rasanya sungguh sedap. Nasib baik buat untuk makan sendiri kira ok le untuk tekak sendiri. Tapi jangan salah faham, resipi ni dah dapat feedback dari RNET forum sedap cuma adalah silap yatie dimana-mana.
Bagi yang ingin mencuba, resipi seperti tertera. Resipi adalah sumbangan kak Wannoorbaya dari RNet. Terimakasih kak Baya.
BAHAN-BAHAN BISKUT DAHLIA:
1 1/2 cawan butter
1 cawan gula (kak Baya kata kalu tak suka manis kurangkan jadi Yatie guna 3/4 saja)
1 biji kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan tepung kastad
1 1/2 cawan tepung jagung
CARA-CARA:
Campurkan semua bahan, uli sampai jadi doh & diterap.
Bakar 350F selama 15-17 minit. (Bakarlah megikut kesesuaian oven masing-masing)

Friday, September 26, 2008

MINI PIZZA

Hmmmm .... bulan puasa nie banyak le cerita pasal biskut raya ye. Kali ni Yatie tukar topik ke juadah berbuka puasa. Mini Pizza nie Yatie dapat resipinya dari "100 Resipi Masakan Kuih-Muih Malaysia". Siapa owner resipi tidak le Yatie ketahuan. Almaklumlah dapat dari email. yatie dapat kompilasi resipi ini dari suami..... hmmmmm. Ada 100 resipi, tapi yang sempat buat cuma 1 ....hahahahahaha.
Yatie suka untuk kongsi bersama resipi ini.
PIZZA MINI
UNTUK MEMBUAT DOH:
500gm tepung gandum
11gm yis segera (selalunya yis satu peket memang 11 gm)
1 sudu teh gula
1 sudu teh garam
1 sudu mkn marjerin ( tak dak marjerin kat rumah, Yatie guna butter)
1 cawan air suam (mesti suam fungsinya untuk mengaktifkan yis)
1/2 cawan minyak
CARA-CARA:
Gaul rata semua bahan untuk doh sehingga lembut. Bagi sesiapa yang ada mesin pembuat roti senang. Masukkan semua & putar. Bagi yang tak ada tu, uli jangan tak uli. Sekurang-kurangnya 30 minit.
Ketepikan adunan & pastikan ditutup dengan kain lembab. Biarkan sehingga adunan naik 2x ganda.
Setelah adunan naik, tumbuk-tumbukkan adunan supaya keluar angin. Rasa-rasa kalau ada geram atau marah kat sesiapa, inilah masanya. Bahagikan adunan kepada ketulan-ketulan. Ini kena ikut saiz yang diingini. Bulat-bulatkan ia dan canai menjadi leper seperti terdapat dlam gambar paling atas. Biarkan doh selama 10 minit barulah dibakar dalam oven 190C (kalau oven saya) selama 10 minit.
Keluarkan dan dibubuh inti-inti mengikut selera masing-masing. disini yatie letak sos, daging hancur, cendawan & cheese.....puhhhhh ..... Masak sekali lagi sehingga cheese cair.

CORNFLAKE MADU BERBADAM

Cornflake Madu Berbadam adalah salah satu biskut yang termasuk di dalam senarai jualan biskut tahun 2008. Yatie harap masih tidak terlambat untuk sesiapa yang ingin mencuba resipi ini. Terdapat banyak resipi Cornflake Madu dari majalah, internet dan sebagainya. Resipi ini pula yang memang Yatie belajar dari ibu dulu.

BAHAN A
150gm butter
90gm gula kastor
5 sudu besar madu

- Campurkan semua & panaskan sehingga butter cair

BAHAN B
150gm cornflake (ramas)
100gm badam cincang
100gm bubble rice (ikut suka boleh dimasukkan sekali atau ditaburkan kemudian)

- Masukkan Bahan B kedlm adunan A & digaul sebati.
- Dah siap. Yatie jemput-jemputkan aje & dimasukkan dalam acuan kertas.

SELAMAT MENCUBA !!!!!!

Wednesday, September 24, 2008

CHOCOLATE ALMOND CRUNCHIES

Oat adalah makanan yang baik untuk jantung anda. Biasanya kita akan dengar iklan berulang kali memberitahu kita jika anda inginkan jantung yang sihat, makanlah oat.
Bagi saya kalau nak makan oat dicampur dengan susu, alamak ... masalah besar. Ada pulak orang kata tambah potongan buah-buahan. Hmmmm .. .... yatie memang kurang menggemari makanan yang berbentuk lembik gitu. Tapi kalau oat bar, OK.
Jadi tahun ni Yatie buat Chocolate Almond Crunchies. Biskut ini Yatie buat bukan untuk jualan tapi untuk makan dirumah serta buah tangan untuk ibu mertua serta saudara mara. Almaklumlah tahun ni Yatie balik ke sebelah pihak suami untuk berhari raya.
Jadi Yatie bercadang untuk memberi sesuatu yang sihat untuk kesihatan.


Resipi adalah seperti tertera bagi yang ingin mencuba resipi sihat ini.

CHOCOLATE ALMOND CRUNSHIES

A
220gm butter
160gm brown sugar

B
220gm Tepung Kek
240gm Oat
1 sudu teh baking powder
sedikit garam

C
100gm chocolate chip
80gm badam

CARA-CARA

1. Cairkan bahan A
2. Bahan B diayak
3. Setelah bahan A cair, masukkan B + C, uli hingga sebati & boleh lah dicanai
4. Biskut ni tak dak acuan, main buat bulat2 gitu
5. Dibakar, kalu ikut oven Yatie 150C selama 10 minit. Ingat !!! bakar biskut ni kena mengikut kesesuaian oven masing-masing.

SELAMAT MENCUBA.

RESIPI INI TELAH DISUMBANGKAN OLEH SESEORANG DI RNET. YATIE INGIN MENGUCAPKAN TERIMAKASIH DAN RIBUAN MAAF SEBAB DAH TAK INGAT NAMA.

Yatie suka biskut ni sebab dia senang sangat nak buat. Jadi bagi sesiapa yang berminat atau terpaksa nak buat biskut tapi kawan MALAS tu ada, boleh le try biskut ni. Cepat, senang dan SIHAT.

Monday, September 22, 2008

BISKUT COKELAT RICE

Di dalam bulan puasa ni sibuk sedikit Yatie menyiapkan biskut-biskut untuk juadah raya. Nak posting pun tak sempat.

Biskut Cokelat Rice adalah salah satu biskut yang Yatie jual tahun ini. Resipi ni Yatie dapat dari kak Hanieliza (RNET). Yatie try last year & sedap. Very crunchy gitu. Ada sedikit persamaan macam biskut sarang semut. Alhamdulillah hasil penjualan biskut ni pun amat memberangsangkan. Jadi biskut ini akan dikekalkan untuk tahun 2009.

Bagi yang ingin mencuba, Yatie downloadkan resipinya.

BISKUT COKELAT RICE

250gm butter

150gm gula halus

1 biji kuning telur

50gm tepung jagung

230gm tepung gandum

30gm serbuk koko

BAHAN HIASAN

paper cup

badam

cokelat rice

CARA-CARA

1. Pukul butter & gula hingga sebati

2. Masuk kuning telur

3. Ayak tepung jagung, gandum + serbuk koko & dimasukkan ke dlm adunan sedia ada, uli hingga sebati

4. Masukkan dalam acuan untuk menghasilkan jurai-jurai sebelum dimasukkan dalam paper cup. Kalu biskut sarang semut tu orang pakai parut tapi Yatie dapati adunan ni macam lembut sedikit jadi Yatie pakai nozzle untuk buat rumput.

6. Setelah dimasukkan dlm paper cup, jgn lupa bubuh badam ala-ala hiasan. Tak nak pun tak pa cuma kalu bubuh badam ni mcm nampak 'cute' skit.

5. Dibakar mengikut kesesuaian oven masing-masing. Kalu ikut resipi 170C selama 10 -12 minit. Tapi kalu ikut oven yati tu 150C 10 minit.

6. Setelah masak, biskut juga ditabur cokelat rice


SELAMAT MENCUBA !!!!!

Friday, September 19, 2008

APAM INDON

Buka puasa tempoh hari buat kuih Apam Indon untuk juadah berbuka puasa dan untuk disedekahkan kepada jiran-jiran. Almaklumlah, bulan puasa nie, banyak betul balasan pinggan untuk jiran-jiran.
Kenapa dipanggil Apam Indon yek? Entahlah ... itu kena tanya orang di Indonesia, mungkin mereka sendiri tidak tahu & tak pernah jumpa kuih ini ... hehehehe.
Anyway, kuih ini very the lembut & have a very nice texture, org putih kata.
Bagi yang ingin mencuba, Yatie dah downloadkan resipi ini di koleksi resipi yatie.


Tuesday, September 16, 2008

KEK COKELAT


Kek Cokelat yang ditempah oleh pelanggan di Jalan Ipoh. Kek dibuat sebelum bulan puasa lagi cuma lambat posting.

Friday, September 12, 2008

KEK KERETA

Tempahan kek kereta dari Ninie, Bandar Baru Sentul untuk anaknya.
Kek : Kek African Marble
Berat : 4 kg

Monday, September 8, 2008

KEK COKELAT

Kek cokelat ditempah oleh Milah dari Green Valley Park untuk harijadi anaknya, Sarah. Thank you Milah.

Saturday, September 6, 2008

PUDING COCKTAIL

Minggu lepas untuk berbuka puasa, anak teruna Yatie cuba Puding Cocktail Sumbangan Kak Baya yang famous di RNET tu. Thanks to her sebab resipinya senang untuk dibuat, itu kata anak Yatie le. Makan waktu sejuk .... pheeeehhhh .....

Puding Cocktail Sumbangan Wannoorbaya (RNET)

Bahan2 utk kuah:
1 tin susu cair
1 tin besar mix fruit cocktail
1/2 cwn air
4 sudu gula (kalu suka manis kena tambah)
1 st esen vanilla
1 st tepung kastad larutkan dlm air (tujuan utk memekatkan kalau tak masukkan pun tak apa)

Cara:
Campurkan semua bahan & masak atas api perlahan (api kuat akan membuatkan susu berkeladak & tak cantik). Tujuan masak atas api hanyalah untuk menghancurkan gula & sebati. Jika rasa gula sudah hancur bolehlah tutup api. Masukkan dlm freezer.

Untuk kastad:
1 cwn tepung kastad
5 cwn air
1 sudu gula

Cara:
Campurkan semua bahan & masak atas api sehingga menjadi pekat & likat, akan perasan yg warnanya akan bertukar dari kuning cair ke kuning yg lutsinar. Setelah masak sudukan ke dlm bekas2 kecil spt bekas lompang & sejukkan. Setelah sejuk masukkan dlm adunan pertama, sedia utk dimkn.

KEK COKELAT

Kek Cokelat juga ditempah oleh pelanggan Liza Puji.

KEK AFRICAN MARBLE

Kek African Marble yang ditempah oleh pelanggan Liza Puji.

Friday, September 5, 2008

KEK GULUNG

Kek gulung yang ditempah oleh Kak Noi dari Sg Buluh. Thank you for your support sis.

Wednesday, September 3, 2008

KEK PELANGI


Kek-kek Pelangi yang telah siap di pack, tinggal nak pi hantar kat customer aje.
Kek Pelangi yang ditempah oleh Kak Wan dari Brunei Embassy.
Thank you Kak Wan for your support.

KEK GULUNG

Kek Gulung untuk Leeza.

Tuesday, September 2, 2008

CUPCAKE

Selamat menyambut hari Merdeka & Selamat Berpuasa kepada pelanggan-pelanggan Yatiecooking yang budiman.

Sabar aje le di bulan puasa ini ada juga yang nak di downloadkan. Bawah ini sample cupcake yang dibuat untuk Leeza.