MESSAGE FROM YATIECOOKING
PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!
Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com
Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.
Terimakasih.
Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com
Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.
Terimakasih.
Tuesday, October 27, 2009
Saturday, October 24, 2009
Friday, October 23, 2009
Wednesday, October 21, 2009
KEK BEN-10
Kek strawberi, berat 2kg, bersalut edible image BEN-10.
BEN-10 cake, here we go!!!!!
Tuesday, October 20, 2009
KEK HANTARAN PERTUNANGAN
Friday, October 16, 2009
Thursday, October 15, 2009
CHILLED CHEESE KEK
Bagi yang meminta resipi, bersabarlah ya. Yatie akan cuba uploadkannya. Kadang-kadang yatie terpaksa mendapatkan 'permission' juga dari penyumbang resipi. Kalau dari majalah, internet ke senang sedikit ... tapi kalu dari orang persendirian, kena minta izin gak.
Kali ini terimakasih kepada pelanggan-pelanggan LizCookies & Liza yang menempah chilled cheese kek ini.


RESIPI CHILLED OREO CHEESE KEK
Bahan-bahan untuk base :
120g oreo cookies- krim dibuang
100g unsalted butter-cairkan
Bahan-bahan untuk filling :
250gphiledhepia cream cheese
200g whip cream
70g gula
1 1/2tbsp serbuk gelatin-dissolved in 30ml water
40ml lemon juice
5-10 keping oreo-patah2 kan
Hiasan:
200g whip cream
30g gula
oreo cookies
Cara-cara :
1 - untuk base, hancurkan oreo cookies dan campurkan dgn melted butter. Tekan smp betul-betul rata dan sekata, sejukkan sampai 1/2 jam
2 - Dalam bekas lain, larutkan gelatin dgn air dan lemon juice. Double boiled larutan tu sampai gelatin larut sepenuhnye,biarkan seketika.
3 - Dalam mixer bowl, pukul cream cheese + sugar sampai berkrim, masukkan whip cream dan pukul lebh kurang dalam 5 min.
4 - campurkan larutan gelatin dan kacau sebati.
5 - last skali, masukkan oreo yg dipatah2kan
6 - Sejukkan selama 4 jam atau sehingga kek tu sudah keras.
*** utk hiasan, pukul whip cream + gula sehingga menjadi icing dan hias dgn oreo cookies
Yatiecooking version :
- yatie menggantikan oreo kepada buah peach.
- yatie tidk menggunakan topping whipping cream, instead yatie letak buah-buah peach yang dipotong sebagai hiasan.
SELAMAT MENCUBA !!!!!!
Tuesday, October 13, 2009
KUIH LAPIS PELANGI
Tapi jangan tersalah faham pulak ... Yatiecooking masih mengambil tempahan kek & cupcake.
Ini resipi Kuih Lapis Pelangi yang Yatie cuba. Suka tengok sebab cantik dan rasanya "not bad". Tahap kemanisan pun orang putih kata "just nice". Sumber resipi dari Majalah Rasa Oktober 2008. Baru nak try u ...hahahah ... nasib baik jadi ... Terimakasih kepada penyumbang resipi.

SUMBER : MAJALAH RASA
Bahan-bahan :
240gm tepung beras
120gm tepung gandum
240gm gula
200ml santan
1 liter air
1 sudu teh garam
1 sudu teh minyak masak
Pewarna yang disukai
Cara membuatnya:
1. Masukkan gula, santan, tepung beras, tepung gandum, minyak, garam dan sedikit air ke dalam pengisar.
2. Kisar semua bahan sehingga tidak berketul & adunan rata
3. Keluarkan adunan ke dlm mangkuk & tambahkan air serta dikacau sebati. (Sebab pengisar Yatie kecil, jadi yatie kisar 2 kali & Yatie gunakan semua 1 liter air tu)
4. Bahagikan adunan kepada 5 atau 6 atau 7 bahagian yang disukai. Ini kira atas kita lah berapa bahagian warna yang kita nak letak.
5. Warnakan setiap bahagian dengan warna pilihan dan kukuslah selapis demi selapis sehingga adunan habis.
6. Apabila masak, sejukkan barulah boleh dipotong.
SELAMAT MENCUBA BUAT SEMUA !!!!
Monday, October 12, 2009
PAU TRADISIONAL

Tiada menggunakan tepung pau mahupun tepung pau ready made. Cuma tepung gandum dan yis you. Nak try, boleh. Yatie ada sertakan resipi. Cuma tak puas hati sebab Yatie tak cukup uli, jadi penghasilan paunya tidak selicin yg diharapkan.
selamat mencuba.

1 kg tepung
11gm yis (1 pek)
200gm gula
100gm minyak jagung/minyak masak
460gm air
CARA:
1. Gaul tepng & yis sehingga sebati
2. Dibekas lain larutkan gula & air (agak2 asal boleh larutkan gula)
3. Tuang larutan gula ke dalam tepung dan gaul
4. Separuh jalan masukkan minyak & lebihan air sehingga menjadi doh yang kenyal
5. Rehatkan doh 10 - 15 min
6. Bulatkan adunan & rehatkan lagi 10 min
7. Masukkan inti (saya guna kacang merah), rehatkan 30 minit sebelum dikukus
8. Kukus sehingga masak (lebih kurang 10 min).
Sunday, October 11, 2009
Friday, October 9, 2009
Thursday, October 8, 2009
Wednesday, October 7, 2009
MINI MUFFIN, FRUIT TARTS, BROWNIES, MINI CUPCAKE

Tuesday, October 6, 2009
MUFFIN - DOORGIFT PERKAHWINAN
Monday, October 5, 2009
Sunday, October 4, 2009
Saturday, October 3, 2009
DOORGIFT
Subscribe to:
Posts (Atom)