Resipi didapati dari blog Mat Gebu. Thank you for sharing. It's really a good cake & it tastes good.
BAHAN-BAHANNYA:
3 biji telur
1 cwn minyak jagung (Mat Gebu tulis kat blog dia kata kalu nak sedap guna mentega cair)
1 1/2 cwn gula halus
1 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh garam
450gm labu (kupas kulit, kukus hingga lembut & licik)
2 1/2 cwn tepung gandum
1 camca teh soda bikarbonate
1/2 camca teh baking powder
1 1/2 camca besar susu tepung (digaul rata & ayak)
CARA MEMBUATNYA:
1 - Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam, minyak (butter), labu manis yg sudah dilecek & esen vanilla dan dikacau hingga sebati.
2 - Kemudian masukkan tepung (sudah dicampur soda bikarbonate, baking powder, susu tepung) sedikit demi sedikit & kacau adunan hingga sebati & tiada berbintil-bintil.
3 - Tuang dalam acuan dan siap utk dibakar.
4 - Bakar untuk selama 50 minit - 1 jam bergantung kpd oven masing-masing.
5 - Pesanan : kalunak sedap simpan kek ni semalaman sebelum dihidangkan kerana ianya menjadikan kek lebih lembut & lembap.