MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Friday, November 26, 2010

STRAWBERRY & MARBLE CHOCOLATE STRAWBERRY CAKE

Strawberry kek
Marble chocolate strawberry kek


Tuesday, November 23, 2010

TEMPAHAN KEK MENGGUNAKAN TBC

Tempahan 3 biji kek dari Liza Zali sempena collective of birthdays.
Kek Rapunzell adalah kek orange berserta dengan buttercream topping untuk anak gadisnya. Dengan menggunakan skil kemahiran melukis yang cuma C+, terjadilah juga Rapunzel menggunakan teknik TBC (transfer buttercream).

Selamat Hari Lahir buatmu Irdina Batrisyah.

Kek cokelat dengan topping choc ganache untuk anak teruna bertemakan Ben-10. Juga menggunakan teknik TBC.

Happy Birthday Aqil !


Manakala kek berbunga ros ini pula untuk Kak Ngah (kalu tak silap le). Kita bagi bunga-bunga le skit.



Sunday, November 21, 2010

Saturday, November 20, 2010

TEMPAHAN CUPCAKE


Tempahan mini cupcake (solo cup size 2 1/2oz) dari Puan Linda. Bertemakan merah. Terimakasih atas tempahan.



Thursday, November 18, 2010

BAKED MAKARONI CHEESE

Baked Makaroni Cheese ditempah oleh Puan Zura dan saudaranya. Terimakasih atas tempahan.

Wednesday, November 17, 2010

KEK COKELAT

Balik rumah dari kerja, jiran ku datang minta buatkan kek cokelat untuk majlis hari jadi. Alamak ... mana nak sempat, aku nak buat coklat ganache, nak tunggu keras skit, nak masaka kek nak sejukkan lagi .... panic .... Katanya yang simple pun tak kisah. Akhirnya, dengan idea yang memang langsung tak ada ..... lepakan cokelat ganache & nasib baik ada beberapa bahan dalam stok. Inilah hasilnya.
Maaf memang simple gila & terimakasih atas tempahan.

Monday, November 15, 2010

KEK PELANGI

Kek pelangi tempahan ulangan dari Kak Kam dan kawan-kawannya di Brunei Embassy. Terimakasih Kak Kam & the gang.

Sunday, November 14, 2010

APAM COKELAT & STRAWBERRY

Apam berperisa cokelat & strawberry ditempah oleh Linda untuk customernya. Thank you for your order.

Saturday, November 13, 2010

TEMPAHAN CUPCAKE


Cupcake cokelat & berbagai perisa ditempah oleh Puan Ida dari Green Valley Park (hheheh .... formalnya, jiranku jua). Terimakasih ya Puan atas tempahan.

Friday, November 12, 2010

CUPCAKE

Tempahan mengejut dari Puan Zura di Green Vally Park, Rawang. Dalam kelam kabut, ini sahaja le yang dapat dihasilkan.
Terima kasih atas tempahan.

Wednesday, November 10, 2010

BAKED MAKARONI CHEESE

Baked Makaroni Cheese (dlm gambar yg belum dibakar lagi) merupakan koleksi tempahan dari Puan Zura, Puan Ana & Cikgu Rosmawati. Terimakasih semua atas tempahan.
Yang ingin mecuba resipinya sudahpun Yatie uploadkan sebelum ini di dalam pposting yang dulu. Atau klik sahaja di Kolekso Resipi, cari "Baked Makaroni Cheese". Selamat mencuba.

Tuesday, November 9, 2010

KEK PELANGI

Tempahan ulangan untuk kek pelangi dari Kak Kam & kawan-kawan di Brunei Embassy. Terimakasih kepada semua.

Monday, November 8, 2010

PUDING-PUDING

Puding Cincau Bersantan
Puding Marble

Puding Cincau Bersantan & Puding Marble tempahan dari Ninie, my regular customer. Thank you Ninie for your support.

Saturday, November 6, 2010

MINI CHOCOLATE MUFFIN

Yatiecooking buat mini chocolate muffin untuk party hari akhir di sekolah anak-anak. Memang marvellous.
Menggunakan tepung ready made chocolate muffin yang dibeli di kedai menjual kek. Muffin ini juga ditempah oleh cikgu di Sekolah Menengah Bandar Tasik Puteri.

Friday, November 5, 2010

SARDIN PUFF

Hmmm ... there's an easy way for us to make sardin puff for our children. Yang betulnya cara orang malas macam saya ... heheheh. Senang dan cepat.

Bahan-bahan yang diperlukan :
Ready made pastry puff (boleh didapati di kedai menjual bahan-bahan kek)
Inti sardin yang telah siap ( mengikut kesukaan masing2)

Cara-cara untuk membuatnya:
Pastry puff diterap mengikut acuan.
Saya memilih acuan seperti dibawah.
Isi inti sardin dan di bakar.

Senang & ringkas untuk anak-anak. Anda juga boleh mengubah suai inti dengan chicken black pepper, chicken curry atau kentang curry. Selamat mencuba.

Thursday, November 4, 2010

KEK PELANGI

Ulangan tempahan kek pelangi ditempah oleh Kak Kam dari Brunei Embassy.