Terimakasih Zura atas tempahan. Kek nie sebenarnya tiada motif itu yang saja-saja buat-buat pusing bagi pening. Zura nie actually menempah saat akhir and masa tu jadual pack & tak sempat nak bake & cuma yang tinggal adalah kek cokelat moist. Oklah tu katanya nak buat makan-makan aje tapi nak decorate.
MESSAGE FROM YATIECOOKING
PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!
Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com
Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.
Terimakasih.
Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com
Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.
Terimakasih.
Monday, February 28, 2011
Sunday, February 27, 2011
KEK HARIJADI UPIN & IPIN
Saturday, February 26, 2011
KEK HANTARAN
Thursday, February 24, 2011
CUPCAKE HANTARAN - TEMA HIJAU
Wednesday, February 23, 2011
MANGO & BLUEBERRY CHEESE TARTS
Tuesday, February 22, 2011
BISKUT SEMPERIT

Kebetulan ada tempahan biskut semperit hari tu, sempat snap gambar & boleh le Yatie sertakan sekali resipinya. Dulu Yatie cuba2 aje resipi dari internet. Penyumbangnya Norazie. Sedap & rangup. Terimakasih ke atas tuan punya resipi. Murah rezeki.
Biskut Semperit
Bahan :
300gm mentega
160gm gula aising
100gm tepung jagung
160gm tepung kastad
240gm tepung gandum
2 biji kuning telur
Cara :
1. Pukul mentega & gula aising sehingga kembang
2. Masukkan kuning telur & kacau sehingga sebati
3. Masukkan semua tepung, gaul & uli sebati
4. Terap adunan & bkr pada suhu 150C utk 20 min
SELAMAT MENCUBA !!!!
Monday, February 21, 2011
Sunday, February 20, 2011
Saturday, February 19, 2011
Thursday, February 17, 2011
Tuesday, February 15, 2011
Sunday, February 13, 2011
KEK KEJU KAPAS
Bagi yang ingin juga mencuba kek keju kapas nie, disertakan resipi Chef Zam.
BAHAN-BAHAN:
Gula Halus 140gm
Putih Telur 6 biji
Cream of Tartar 1/4 sudu
Mentega 50gm
Krim keju 250gm
Kuning Telur 6 biji
Susu segar 100ml
Jus Lemon 1 sudu besar
Tepung Kek 60gm
Tepung Jagung 20gm
CARA MEMBUATNYA;
1. Cairkan krim keju, mentega & susu (cara double boiler) biarkan sejuk sedikit barulah dimasukkan tepung jagung & tepung kek, dikacau sebati. Campurkan kuning telur & jus lemon.
2. Di bekas berasingan, kacau putih telur & cream of tartar sehingga sedikit kembang dan masukkan gula sedikit demi sedikit.
3. Campurkan 1 & 2
4 . Masukkan ke dalam acuan dan dibakar pada suhu 160C selama 1 jam 10 minit
Subscribe to:
Posts (Atom)