
MESSAGE FROM YATIECOOKING
PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!
Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com
Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.
Terimakasih.
Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com
Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.
Terimakasih.
Friday, October 28, 2011
Thursday, October 27, 2011
Monday, October 24, 2011
Wednesday, October 19, 2011
THIN & CRISPY PIZZA
Ramai kanak-kanak suka makan pizza .. termasuklah anak saya sendiri. Pernah tak alami bila kita order pizza, roti pizza tu tak habis dimakan ... katanya tebal sangat ... tapi nak makan pizza. Bila kita order pulak, kadang-kadang tu habis cendawan, nenas, bawang di buang. yang tinggal cuma daging & cheese sahaja.
Bayangkan kadang-kadang tu order pizza thin & crispy hawaiian topping tapi buang semua jenis sayur yang ada di atasnya kecuali chicken, cheese & the paste. Ish .... spoil betul !!!! Jadi Yatie ada cara mudah untuk menghasilkan thin & crispy pizza, boleh bubuh apa jenis topping pilihan anak-anak dan yang paling penting tak sampai 20 minit.

BAHAN-BAHAN:
3. Daging hancur/Jejari ketan/Hot dog (ikut pilihan masing-masing)
4. Cheese utk ditabur atas pizza
CARA-CARA:
1. Nyahbekukan ready made pastry
2. Sapukan sauce pizza (tak kisah beli yg ready made atau nak buat sendiri)
3. Letak le apa yang nak diletak atas pizza tu dan diakhiri dengan topping, cheese le apa lagi.
4. Bakar 10 minit dgn suhu 180C. Kalau nak pizzanya lebih crispy, boleh le dibakar pastry terlebih dahulu selama 10 minit barulah diletakkan sauce dan lain-lain dan dibakar sekali lagi.


SELAMAT MENCUBA @!!!!!!!!





HOMEMADE TAU FOO FA

Homemade Tau Foo Fa
Sumber : Nonierahman (terimakasih for sharing this good recipe)
BAHAN-BAHAN:
4 cawan air susu soya
1 sudu besar agar-agar
1/2 cawan air
2 sudu teh esen vanilla (saya rasa kalau kita guna air susu soya kotak kurangkan penggunaan esen vanila kepada 1 sudu teh)
CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan susu soya sehingga mendidih & tutup api
2. Di periuk lain, masak agar2 dgn air sehingga agar larut. Setelah itu masukkan susu soya tadi bersama esen vanilla dan kacau sebati
3. Tuang dalam acuan untuk dibekukan
UNTUK AIR GULA:
300gm gula kabung
100gm gula pasir
250ml air
2 helai daun pandan
Masak semua sehingga larut.
SELAMAT MENCUBA !!!!!
Sunday, October 16, 2011
KUIH TALAM

Resipi yang Yatie cuba nie adalah sumbangan Cik Maslina dari Restoran Sri Melayu yang diterbitkan di Majalah Aroma, Ogos 2011. Jom kita tengok macam mana resipinya dan ada sedikit pengubahsuaian dari Yatie sedikit (yg dlm font italic berwarna merah tu adalah yg Yatie ubah sedikit). ... heheheh
RESIPI KUIH TALAM
BAHAN-BAHAN (utk bahagian bawah)
2 1/2 (setengah) cawan tepung gandum
1/2 (setengah) cawan gula pasir
1 1/2 (setengah) cawan air gula merah
Yatie tak pki gula merah instead Yatie pakai soft brown sugar & kemudian Yatie campurkan chocolate emulco utk memberi warna cokelat serta perisa cokelat
4 cawan santan cair
CARA MEMBUATNYA
Satukan adunan diatas serta gaul sehingga sebati. Masukkan ke dlm loyang dan kukus selama 20 minit atau sehingga ia nampak keras.
BAHAN-BAHAN (utk bahagian atas)
4 cawan santan pekat
1 1/2 (setengah) cawan tepung gandum
2 sudu kecil garam
CARA MEMBUATNYA
Satukan adunan diatas serta gaul sehingga sebati dan pastikan ia tidak berketul. Buat lorekkan dengan menggunakan garpu di atas permukaan lapisan bawah supaya lapisan bawah dan atas tidak terpisah. Tapis dan tuang ke atas lapisan bawah dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak. Selepas kuih talam anda masak, buka penutup kukus dan biarkan 10 minit barulah ditutup apinya.
SELAMAT MENCUBA :) :) :)
Saturday, October 15, 2011
Friday, October 14, 2011
CUPCAKE HANTARAN PERTUNANGAN
Friday, October 7, 2011
BISKUT TAT SEROJA/DOORGIFT

Tat Seroja dibungkus dalam bekas boleh dihiskan dengan riben & thank you tag untuk doorgift pada tetamu di majlis perkahwinan.





Kelongsong tat seroja yang belum dibubuh inti.


BAHAN-BAHAN UNTUK TAT SEROJA
125gm butter
40gm gula ising
20gm tepung jagung
1/2 (setengah) sudu besar tepung kastad
200gm tepung red rose
1/2 (setengah) esen vanilla
1/2 (setengah) biji kuning telur
CARA MEMBUATNYA:
1. Sebatikan buuter & gula aising
2. Masuk telur & esen vanilla, sebatikan
3. Akhir sekali masukkan semua jenis tepung & uli
4. Siap untuk diterap
BAHAN UNTUK DITERAP:
Kita perlukan acuan tat ini untuk membentuk bunga seroja. Tapi ingat kita perlukan bontot acuan ini.



BONTOT ACUAN TAT YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMBENTUK TAT SEROJA
Adunan diasingkan sedikit untuk diberi warna hijau, dijadikan sebagai tompok daun.
Manakala adunan selebihnya diterap dibelakang acuan tat. Setelah habis, warnakan kuning telur & ditampal tompok daun. Dibakar dan diletak inti peanut butter sebagai penyudah kepada Tat Seroja ini.
Wednesday, October 5, 2011
BISKUT DAISY PETALS

Biskut Daisy yang telah dimasak

Biskut Daisy yang belum dimasak

Dipack dalam bekas dan boleh djadikan untuk doorgift

Resipi ini diambil dari Majalah Saji Ogos 2011. Resipi dari Chef Zaidah. Resipi yang simple tapi rangup dan sedap.
BAHAN-BAHAN :
150gm mentega
100gm gula halus
200gm tepung gandum
50gm tepung jagung
1 biji kuning telur
pewarna kuning dan coklat (saya tak dak kuning jadi saya gantikan ngan oren)
Cip coklat
CARA-CARA:
1. Putar mentega & gula hingga lembut
2. Masukkan kuning telur & sebatikan
3. Masukkan semua jenis tepung dan uli
4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian kuning dan satu lagi hijau.
5. Masukkan adunan kedalam acuan dan dibentuk sperti didalam gambar
Monday, October 3, 2011
KEK ROXY

Kek Roxy yang telah dibelangkan sebelum dikukus.


Resipi nie diambil dari majalah Saji Januari 2011.
KEK ROXY
BAHAN-BAHAN:
330gm tepung gandum
240gm gula halus
600gm putih telur
60ml susu cair
150gm mentega cair
1 sudu besar ovalette
pewarna merah jambu, hijau dan kuning
perisa strawberi, oren dan lemon
sedikit garam
CARA-CARA:
1. Pukul telur, tepung gandum, gula, ovalette & susu cair sehingga kembang
2. Masukkan mentega cair & kacau rata
3. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu bahagian diwarnakan merah jambu dgn perisa strawberi, satu bahagian diwarnakan hijau dgn perisa lemon & satu bahagian lagi diwarnakan dengan warna kuning dgn perisa oren.
4. Dimasukkan ke dalam acuan dengan cara selang seli seperti pelangi.
5. Kukus selama satu jam atau sehingga masak
Subscribe to:
Posts (Atom)