MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Monday, February 28, 2011

TEMPAHAN KEK ZURA

Terimakasih Zura atas tempahan. Kek nie sebenarnya tiada motif itu yang saja-saja buat-buat pusing bagi pening. Zura nie actually menempah saat akhir and masa tu jadual pack & tak sempat nak bake & cuma yang tinggal adalah kek cokelat moist. Oklah tu katanya nak buat makan-makan aje tapi nak decorate.

Sunday, February 27, 2011

KEK HARIJADI UPIN & IPIN


Kek edible image Upin & Ipin tempahan dari Liza. Keknya kek cokelat moist.
Happy Birthday to Khalif as well semuga tembam-tembam selalu.

Saturday, February 26, 2011

KEK HANTARAN


Kek hantaran tempahan dari Ina. ina mahukan basenya berwarna pink & bunga lily berwarna purple. Terimakasih Ina atas tempahan.



Thursday, February 24, 2011

CUPCAKE HANTARAN - TEMA HIJAU

Cupcake bertemakan warna hijau tempahan dari Eina. Bertemu di pick-up pint Ampang Point. Mahukan design yang sama yang penah Yatiecooking buat untuk tema pink & purple.
Terimakasih atas tempahan.

Wednesday, February 23, 2011

MANGO & BLUEBERRY CHEESE TARTS

Mango & blueberry cheese tarts tempahan dari seorang cikgu di Bandar Tasik Puteri. Terima kasih atas tempahan.

Tuesday, February 22, 2011

BISKUT SEMPERIT


Kebetulan ada tempahan biskut semperit hari tu, sempat snap gambar & boleh le Yatie sertakan sekali resipinya. Dulu Yatie cuba2 aje resipi dari internet. Penyumbangnya Norazie. Sedap & rangup. Terimakasih ke atas tuan punya resipi. Murah rezeki.
Biskut Semperit
Bahan :
300gm mentega
160gm gula aising
100gm tepung jagung
160gm tepung kastad
240gm tepung gandum
2 biji kuning telur
Cara :
1. Pukul mentega & gula aising sehingga kembang
2. Masukkan kuning telur & kacau sehingga sebati
3. Masukkan semua tepung, gaul & uli sebati
4. Terap adunan & bkr pada suhu 150C utk 20 min
SELAMAT MENCUBA !!!!

Monday, February 21, 2011

TEMPAHAN CUPCAKE

Cupcake cokelat


Cupcake vanilla

Tempahan dari Jane. Terima kasih berbanyak.


Sunday, February 20, 2011

KEK KUKUS ASAM MANIS

Kek kukus asam manis yang telah dikukus.
Gambar kek kukus asam manis yang belum dikukus lagi. Kek ini tempahan Puan Faridah dari Green Valley Park.

Saturday, February 19, 2011

A CAKE NO. 1

Thank you to Ataillah from Sentul for the order. This is 3kg choc moist cake.



Thursday, February 17, 2011

CUPCAKE EDIBLE IMAGE PRINCESS


Terimakasih atas tempahan cupcake edible image princess dari pelanggan di Blok 6, Bandar Tasik Puteri, Rawang.




Sunday, February 13, 2011

KEK KEJU KAPAS

Teruja dengan friends di facebook yang membuat kek keju kapas by Chef Zam nie. Apa lagi tengok semua bahan2 ada, angkat mixer dan bekas le.

Bagi yang ingin juga mencuba kek keju kapas nie, disertakan resipi Chef Zam.

BAHAN-BAHAN:
Gula Halus 140gm
Putih Telur 6 biji
Cream of Tartar 1/4 sudu
Mentega 50gm
Krim keju 250gm
Kuning Telur 6 biji
Susu segar 100ml
Jus Lemon 1 sudu besar
Tepung Kek 60gm
Tepung Jagung 20gm

CARA MEMBUATNYA;
1. Cairkan krim keju, mentega & susu (cara double boiler) biarkan sejuk sedikit barulah dimasukkan tepung jagung & tepung kek, dikacau sebati. Campurkan kuning telur & jus lemon.

2. Di bekas berasingan, kacau putih telur & cream of tartar sehingga sedikit kembang dan masukkan gula sedikit demi sedikit.

3. Campurkan 1 & 2

4 . Masukkan ke dalam acuan dan dibakar pada suhu 160C selama 1 jam 10 minit