APAM SENYUM
RESIPI DIKONGSI BERSAMA OLEH NAJIBAH ZAID SALSABILA HOMEMADE
DISUMBANG OLEH SEMANIS GULA / ZURIANI ALIAS
Kredit kepada mereka kerana sudi berkongsi resipi.
Bahan-bahan:
230 gm gula castor
2 biji telur...suhu bilik
1 sudu teh ovellete
letak ape2 paste untuk menghilangkan rasa soda
1 tsp esen vanilla
250 gm tepung gandum
1 cawan aiskrim soda (air gas )...suhu bilik ( jangan penuh2 cawan tuu..kurangkan
sikit je )
CARA-CARANYA:
Pukul telur,gula dan ovellet hingge kembang...masukkan esen vanilla.
Kemudian masukkan tepung berselang seli ngan aiskrimsoda.
Bahagikan kepada beberapa bahagian..letak warne dan paste yng disukai ... kalau
suka warna warni
Kukus selama 7 hingga 10 minit.
***kalau rasa manis..kurangkan lah gula..kerana aiskrim soda tu manis...
***pastikan telur ,gula dan ovellete dipukul hingge putih dan berkrim.