MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Sunday, June 15, 2008

KEK LADAM KUDA


Resipi ini adalah sumbangan Chef Tania.

10 biji Pakai 5 putih shj
130gm butter cair
200 gm caster sugar
1 sudu mkn ovalette
2 sudu mkn susu manis
2 sudu mkn vanilla aiskrim powder/tepung susu pun boleh
135gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh vanilla essence
10gm ice cube
1 sudu mkn chocolate paste
2 sudu mkn cocoa powder

Utk Filling
Chocolate Cream(saya boh choc fudge)

Caranya:
Satukan semua bahan KECUALI butter cair, chocolate paste & cocoa powder. Oukul dgn speed laju hingga kembang barulah dimasukkan butter cair, juga digaul rata.
Adunan dibahagi dua; Satu adunan dibiarkan plain & satu adunan dimasukkan chocolate paste & cocoa powder.

Cara memasak:
Saya menggunakan loyang 8 x 8.
Lapis bawah menggunakan adunan cokelat & lapis atas menggunakan adunan plain. Utk tidak mencampur adukkan warna, Chef Tania menyarankan penggunaan piping bag. Kalu saya malas, saya ratakan aje pakai sudu dgn berhati-hati. Selalunya dlm 5 sudu mkn.
Lepas itu dibakar 15/20 minit mengikut kesesuaian oven masing-masing.

Setelah msk & dikeluarkan dari loyang, atas lapisan cokelat di sapu chocolate cream & adunan dilipat dua. macam kita buat kek gulung cuma yang ini dilipat dua shj. Masak adunan yng selebihnya hingga habis.

Kalau nak ladam kudanya berbentuk lebih kecil, adunan yang telah masak boleh dibahagi dua.

SELAMAT MENCUBA !

Saturday, June 14, 2008

KEK PERKAHWINAN - 3 TIER







Hiasan adalah menggunakan buttercream icing & bunga sugarpaste.


Kek perkahwinan - 3 tier ini ditempah oleh Rina untuk sepupunya.
Sekali lagi bertemakan biru.
Berbeza dengan tempahan yang dulu, kali ini Rina menyerahkan kepada saya untuk memilih jenis kek dan design.
Kalau dulu Rina mahukan kek cokelat, hiasan biru dan berbunga pink. Kali ini Yatie gunakan kek African Marble, dan semestinya Yatie menggunakan warna biru.





Friday, June 13, 2008

KEK HANTARAN

Kek ditempah oleh pelanggan juga untuk kek hantaran di hari pertunangan adiknya.







Thursday, June 12, 2008

CUPCAKES UNTUK HANTARAN





Cupcakes ditempah oleh pelanggan untuk dijadikan sebagai hantaran sempena pertunangan adiknya.





Wednesday, June 11, 2008

KEK KAHWIN 3 TINGKAT

Kek digunakan kek cokelat.
Icing - Cokelat buttercream.
Musim cuti sekolah tandanya musim kenduri kahwin. Masih lagi berkisar tentang kek kahwin 3 tingkat, ditempah oleh pelanggan Liza.

Pelanggan mahukan kek & buttercream yang berasaskan cokelat dan design yang simple. Lebih syahdu, permintaan pelanggan untuk meletakkan strawberry dihias dengan sedikit cokelat.
Oleh kerana pelanggan ini jauh, tidaklah dapat Yatie mengambil gambar kek 3 tingkatnya. Anyway, thank you for your support.

Tuesday, June 10, 2008

KEK COKELAT

Kek Cokelat yang ditempah oleh pelanggan untuk anaknya yang bernama Ezorra.

Monday, June 9, 2008

KEK LADAM KUDA

Kek Ladam Kuda nie dapat resipi dari Chef Tania. Sungguh lazat dengan coklatnya.
Ditempah oleh Nyna. Terimakasih.