MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Tuesday, March 10, 2009

PUTERI AYU

Dah lama tak cerita pasal kek kan, asyik kuih-muih aje. Ha! Ini ada satu lagi jenis kuih-muih yang Yatie suka buat. Kali ini Yatie letak resipi sekali untuk yang ingin mencuba. Jangan marah, Yatie ada buat versi blueberry & strawberry. Selalunya kuih puteri ayu ni bewarna hijau tapi Yatie memodenkannya skit.

SUMBER RESIPI : MAJALAH RASA FEBRUARI 2009

BAHAN-BAHAN:
180g tepung gandum
200gm gula
3 biji telur
125ml santan cair ***
125ml santan pekat ***
1 sudu teh ovalet
100gm kelapa parut
secubit garam

*** Yatie tak pakai pun santan cair & pekat, Yatie gantikan dengan susu segar

CARA MEMBUATNYA:
1. Pukul gula + telur + ovalet hingga kembang

2. Masukkan tepung, santan, pes pandan + pewarna hijau & kacau hingga sebati.

- Untuk pandan yatie bubuh pes pandan + pewarna hijau
- Untuk blueberry/strawberry, Yatie bubuh pes blueberry/strawberry
3. Masukkan inti kelapa yg digaul dgn garam ke dlm acuan. Tekan hingga padat.
4. Masukkan adunan ke dlm acuan hingga paras penuh & kukus selama 5 minit atau sampai masak le.
Inilah hasilnya kuih Puteri Ayu dalam 3 perisa - pandan, blueberry, strawberry

Hmmmm ... kalau diletak lebih kelapa tentu lebih nampak menarik kuih ini.

Monday, March 9, 2009

BLUEBERRY MUFFIN MIX

Posting kali ini berbeza sedikit. Selalunya Yatie paparkan muffin menggunakan resipi sendiri tapi kali ini Yatie menggunakan 'ready-made' tepung yang dijual di Bake With Yen. Teruja sebenarnya dengan rasa muffin ini.
Kalau sesiapa yang membeli tepung 'ready-made' ini, memang sudah tertera bahan-bahan lain yang diperlukan. Diantara bahan yang diperlukan adalah tepung 'ready-made', telur, minyak & air. Semuanya dicampur dan digaul sebati.

Adunan yang telah sebati.

Inilah hasilnya Blueberry Muffin Mix yang telah dibakar. Sedap & lembut juga tapi macam ada rasa pisang flavor ... confuse ... tapi ok le.

Saturday, March 7, 2009

CUPCAKE HANTARAN

HANTARAN CUPCAKE YANG BERTEMAKAN BIRU LAUT.

Terimakasih kepada Nurul dari Perak yang menempah cupcake ini untuk saudaranya yang melangsungkan pertunangan.



Friday, March 6, 2009

KRIMWELL ICING

Ramai yang tertanya sebenarnya dengan Yatiecooking tentang resipi membuat icing. Sebenarnya banyak resipi yang anda boleh cuba. Yatie sertakan disini resipi yang Yatie selalu guna, menggunakan krimwell. Dari segi ketahanan di suhu panas, kira ok. Tak pernah menghampakan.

Nota: Resipi ini Yatie dapat dari penyumbang di RNET. Tak ingat nama dia but should give her a credit for sharing the recipes. Thank you.

KRIMWELL ICING

BAHAN-BAHAN:
400g krimwell
100g shortening
2 sudu besar liquid glucose
gula icing

CARA-CARA:
1. Adunkan krimwell, shortening & liquid glucose sehigga sebati
2. Akhir sekali masukkan gula icing mengikut kepekatan dan kemanisan yang dikehendaki.

Wednesday, March 4, 2009

FRUIT TARTS

Fruit Tarts yang ditempah oleh Hana dari Cheras tapi dihantar kerumah adiknya di Hospital Serdang.

Monday, March 2, 2009

MUFFIN SEBAGAI DOORGIFT

Tempahan muffin sebagai doorgift yang ditempah oleh Yanty dari Bandar Tun Razak, Cheras. Yanty memilih perisa chocolate, chocolate choc chip, vanilla & orange. Terimakasih kepada Yanty serta ayah dan ibunya atas tempahan.

Dengan 4 perisa muffin dalam satu kotak, sejumlah 4,800 biji muffin diperlukan untuk 1,200 kotak doorgift.













Kotak ini ditempah oleh Yanty & keluarganya. Kepada pasangan yang ingin menempah kotak ini boleh lah hubungi Cik Khairiah di 03-26912751, Pesona Ilham. Kedainya terletak di City Bazaar (merupakan Panggung Wayang Odeon lama).


Sunday, March 1, 2009

VALENTINE CUPCAKE

Dah masuk pun pun bulan Mac, tapi Yatie lambat mengemaskinikankan blog. Ini tempahan dari seorang kawan di Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk kawannya sempena 'Valentine Day'.
Permintaan pelanggan yang mahukan 'extra' chocolate !!!!!