MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Saturday, March 21, 2009

KEK BUTTER - KEK PERKAHWINAN 3-TIER

Bertemakan soft pink & maroon, dijadikan Sabariah sebagai tema untuk majlis perkahwinannya di Dewan Serbaguna Taman Melati.
Terimakasih kepada Sabariah atas tempahan dan Ninie for recommending.
Kek Perkahwinan 3 tingkat

KEK PELANGI

Kek Pelangi yang ditempah oleh Kak Kam dari Brunei Embassy. Terimakasih Kak Kam atas sokongan.

Monday, March 16, 2009

YATIECOOKING BERCUTI

PEMBERITAHUAN, YATIECOOKING AKAN BERCUTI BERMULA DARI 16 MAC SEHINGGA 20 MAC. TEMPAHAN MULA DITERIMA SEMULA BERMULA 21 MAC.

Saturday, March 14, 2009

COKELAT KEK

Tempahan kek cokelat untuk majlis harijadi adik Asyraff yang ke-5 dari Smart Reader Bandar Tasik Puteri.

Friday, March 13, 2009

BUTTER CUPCAKE WITH BUTTER ICING

Kali ini cupcake ditempah oleh Roy, dihantar ke Putra LRT Asia Jaya. Roy meminta butter cupcake dengan topping butter ising. Kebiasaannya, Yatie banyak menggunakan krim ising yang menggunakan krimwell & shortening. Tapi kali ini Yatie menggunakan butter icing. Untuk cupcake pula, Yatie menggunakan resipi butter kek dan dimasukkan ke dlm acuan cupcake.
Untuk yang ingin mencuba Butter Icing ini, Yatie sertakan resipinya yang Yatie dapat dari buku yang berjudul "Creative Ideas For Cake Decorating - Over The Top - Norzailina Nordin".

BUTTER ICING
(menghasilkan 600g butter icing)
BAHAN-BAHAN
Butter 125g
Gula icing 500g
Susu segar 2-3 sudu besar

CARA-CARA
1. Pukul butter sehingga kembang & ringan
2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit dan dipukul rata
3. Masukkan susu sehingga mencapai sebati dan mencapai konsisten yang dikehendaki





Thursday, March 12, 2009

MY SON'S BIRTHDAY

Tempoh hari Yatie buat sambutan hari jadi untuk anak lelaki saya.
Idea tak ada, penyakit "M"datang melanda ... heheheh ... buat kek yang simple-simple aje.
Kek chiffon orange yang di hias dengan lime buttercream, cuma ditepek badam disekeliling kek.
Berbagai perisa donut.
Blueberry & Strawberry Chesse Tart
Hot Dog digoreng dgn butter + lada sulah
Dadih Mix Fruit & Apple
Karipap Sardin yang dibuat oleh jiran.

Wednesday, March 11, 2009

FRUIT TARTS

Fruit Tarts yang ditempah oleh seorang guru di Sek Ren Bandar Tasik Puteri Rawang.