MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Saturday, March 6, 2010

TEMPAHAN CUPCAKE DOORGIFT

Tempahan cupcake dari Amir Jafri, pick-up point di Giant Shah Alam. Amir menempah 700 biji cupcake yang Yatie buat perisa vanilla. Bertemakan pink & silver, cupcake dan juga bekasnya dihias mengikut tema agar nampak comel & cantik.




3 designs telah dihasilkan, dan inilah gambar-gambar yang sempat diambil. Terimakasih kepada Amir atas tempahan.



Cupcake yang telah siap dipack.


KEK PERKAHWINAN

Kek perkahwinan ditempah oleh Amir juga. Terimakasih Amir.



Thursday, March 4, 2010

KEK BEN-10

Kek Ben-10 ditempah oleh Salina. Pick-up point Giant Shah Alam. Salina juga menempah mini pizza untuk majlis harijadi anaknya.




KEK PELANGI & KEK COKELAT MOIST

Kek Cokelat Moist ditempah oleh Puan Ida, jiran depan rumah. Terimakasih Ida, semenjak berbadan dua nie, rajin betul makan kek. Tak pa kedai kek depan umah aje ya Ida.... heheheheh
Kek Pelangi ditempah oleh pelanggan tetap Yatiecooking, Kak Kam and the gang dari Brunei Embassy. Terimakasih atas tempahan yang tidak putus-putus cuma Yatie aje yang tak berkesempatan uploadkan semua tempahan kek pelangi Kak Kam tu.


Wednesday, March 3, 2010

MINI MUFFIN, KEK HANTARAN



Bertemakan oren, kek ditempah oleh Norlina. Terimakasih Nor atas tempahan. Harap-harap Nor suka ... heheheh ...





Nor juga menempah 150 pack mini muffin; perisa vanilla, strawberry & pandan.


Tuesday, March 2, 2010

KEK & CUPCAKE HANTARAN


Cupcake ditempah oleh Nor dari Bandar Country Homes, Rawang. Menempah untuk dirinya sendiri dan tunangnya yang datang ke rumah untuk membuat tempahan. Terimakasih Nor.

Ada sedikit kelainan dengan tempahan Nor ini. Beliau memilih cupcake dipack dalam bekas untuk dibuat sebagai hantaran.



Nor juga menempah kek fondant yang bertemakan pink & purple.





Monday, March 1, 2010

CUPCAKE HANTARAN

Tempahan dari Izan, pick-up point Ampang Point. Memilih warna baby blue sebagai tema untuk majlis pertunangan adiknya. Terima kasih atas tempahan.
Cupcake berharga RM3.50/sebiji dan menggunakan kotak 10x10 boleh memuatkan 16 biji cupcake.

Izan ordered a baby blue cupcake for her sister engagement. Her pick-up point is Ampang Point. Thank you for your order Izan.

This cupcake is only RM3.50/pc and for 10x10 box can fit 16pcs of cupcake.