MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Friday, April 9, 2010

KEK HARIJADI - KEK STRAWBERRY

Ruzita pelanggan yang pick-up point di Giant Rawang menempah kek strawberry untuk harijadi 2 anaknya. Beliau mahukan kek strawberry serta lapisan krim & buah strawberry, seperti gambar di atas.
Melapikkan campuran krim & strawberry di tengah-tengah kek.

Kek Strawberry

Ruzita juga mahukan gambar lukisan ladybird ditengah-tengah kek. Ikut hari, menjadi juga lukisan yatiecooking. Ikut hari tak bagus, hampas .... heheheheh



Terimakasih Ruzita atas tempahan.


Wednesday, April 7, 2010

KEK HANTARAN


Kek hantaran bertemakan merah ditempah oleh pelanggan yang Yatie sekali lagi lupa namanya. Pelanggan nie order last minute ... nasib baik sempat buat, kalu tak kesian gak.

Apa-apapun Yatie mengucapkan terimakasih atas tempahan. Rasa-rasanya kalu dia membaca posting nie, dia mesti tahu. Pick-up point di Ampang Point.





Monday, April 5, 2010

CUPCAKE HANTARAN

Cupcake hantaran, last minute ditempah oleh Atikah juga. Tema yang sama, hijau pucuk pisang.

Terima kasih Atikah.




TEMPAHAN KEK HANTARAN


Tempahan ulangan dari Atikah untuk kek hantaran. Kali ini temanya hijau pucuk pisang. Pick-up point Giant Rawang.

Terimakasih atas tempahan Atikah.








Saturday, April 3, 2010

KEK HARIJADI - KEK COKELAT MOIST

Kek cokelat moist dengan topping buttercream tempahan dari Puan Linda, jiran di Green Valley park, Rawang. Untuk sambutan harijadi anaknya - Wan Airel Aqasya.
Kek seberat 2kg dan menggunakan character cartoon. Harga kek dari RM85 ...



Friday, April 2, 2010

KEK PANDAN LAPIS

Kali nie kita try buat kek pandan lapis. Resipi dapat kat buku Resipi Rasa September 2009.

Nak buat kek pandan lapis nie kita kena buat dulu kek mentega pandan.

KEK MENTEGA PANDAN

Bahan-bahan:
250gm mentega
250gm gula halus
5 biji telur (gred B)
masa Yatie buat, Yatie belasah aje
250gm tepung naik sendiri

1 sudu makan pes pandan

Cara-cara:
- putar mentega & gula hingga kembang
- pecahkan telur satu persatu & pukul hingga sebati
- masukkan tepung & putar rata
- akhir sekali masukkan pes pandan dan putar hingga sebati
- bakar selama 1 jam suhu 180

Tu dia adunan kek mentega pandan dah siap tengah nak bakar plak.

Dah settle kek mentega pandan, baru lah kita bleh buat kek pandan lapis nie.

KEK PANDAN LAPIS

Bahan-bahan:
12gm serbuk agar-agar
20gm tepung hong Kwee
110gm gula
1 tin susu cair
1 liter air
4 helai daun pandan
pewarna hijau secukupnya
1kg kek mentega pandan

Cara membuatnya:
- Masak agar-agar hingga larut, masukkan daun pandan tu sekali agar bau wangi
- Agar-agar dah larut, masukkan tepung, susu cair & gula, kacau hingga rata
- masukkan pewarna hijau, kacau sebati.
- Tutup api dan biarkan suam

Cara nak melapiskan kek tu pula:
- potong kek ke 2 bahagian (Yatie potong dpt 3 bahagian)
- Lapisan bawah sekali adalah lapisan kek
- seterusnya bubuh lapisan agar2
- bila agar2 dah separuh beku diikuti dengan lapisan kek & letak balik agar2 sehingga habis
- sejukkan & boleh dimakan



Thursday, April 1, 2010

CHEESE KEK

Baked Cheese kek ditempah oleh Puan Liza (juga jiran rumah) sempena birthday suaminya.