Teknik transfer buttercream nie bagus untuk orang seperti saya sebab kurang pandai dalam melukis. Lukis tu boleh tapi tak le berapa cantik ... ala-ala lukis ayam jadi itik ... heheheheheh
1) Apa yang diperlukan adalah gambar yang dikehendaki untuk dilukis. Gambar nie boleh le dicari didalam internet. Sebaik sahaja jumpa gambar, sebaik-baiknya cetak atau print gambar dalam mirror image. Ini adalah kerana bila kita habis melukis dan menterbalikkan gambar, ia berada di posisi yang betul. Tak terbalik pun tak pa cuma gambar dilihat sedikit awkward.

2) Letak kertas terap diatas gambar yang hendak dilukis seperti diatas. Pastikan lekat dengan baik supaya gambar tidak bergerak semasa proses melukis.
3) Mulakan lukisan anda di atas kertas terap dengan menggunakan warna hitam. Ianya adalah warna paling asas dimana anda memulakan lukisan secara menerap. Alah ... macam kita terap lukisan le ... cuma biasanya kita terap pakai pensel ini kita pakai buttercream warna hitam dan kita ikut gambar yang hendak diterap untuk mendapatkan outline gambar tersebut.

4) Setelah habis buat outline, warnakan buttercream mengikut warna yang dikehendaki. Lihat gambar di atas, saya menggunakan warna untuk tom & jerry seperti yang terdapat didalam gambar yang saya nak terap. Mulai mewarnakan bahagian-bahagian seperti didalam gambar kecuali warna putih. Tinggalkan bahagian yang berwarna putih di bahagian paling akir. Warnakan telinga, badan tom & jerry sehingga habis.

5) Akhir sekali warnakan seluruh gambar yang kita dah berjaya terap tu dengan warna putih. Ini adalah untuk menghasilkan asas kepada gambar yang kita buat tadi. Lihat gambar bawah.
dah siap tu boleh dikeraskan di dalam peti ais.

6) Hmm ... dah keras pun ... masa untuk melihat lukisan yang kita buat tadi dan meletakkannya ke atas kek. Terbalikkan atau letak di atas kek dan buka bertas terap. .... dan anda lihatlah hasilnya ...

SELAMAT MENCUBA !!!!!