MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Saturday, February 4, 2012

MINI MUFFIN - DOORGIFT



Mini muffin - tempahan untuk doorgift. Tempahan dari Aunty, pick-up di Restoran Jejantas Sg Buloh. Terimakasih atas tempahan Aunty.




Yang ini, perisa vanilla chocolate rice.

Thursday, February 2, 2012

PAU PANDAN

Jom kita cuba pau pandan. Resipi sumbangan dari Chef Zam, tapi yatie copy dari rumah Azlita masam manis.

Pau Pandan
Resipi sumbangan Chef Zam
Copy resipi ini dari : Azlita Masam Manis

Bahan-bahan yang diperlukan untuk pau pandan:

500 gm tepung khas pau atau tepung Hong Kong (Yatie pakai tepung pau)
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu besar gula
6 gm yis
2 sudu besar lemak sayuran
250 ml air suam1 sudu kecil pandan Emulco - ita tambah
1/2 sudu kecil pewarna hijau - ita tambah
daun pandan - untuk lapik bawah pau

Cara membuatnya:

Campurkan kesemua bahan kering didlm sebuah mangkuk dan masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil diuli hingga doh menjadi kenyel serta tidak melekit dijari. (Yatie campak aje dalam mixer dan mixer tu yg uli sehingga tidak melekat).
Bahagikan doh menjadi 2 bahagian dan uli lagi sehingga benar2 licin.
Rehatkan doh di dlm 2 biji mangkuk dan tutupkan dgn tuala basah sehingga doh naik 2 kali ganda dari saiz asal (30 - 1 jam)
Tumbuk2kan doh untuk mengeluarkan gas yg teperangkap dan uli lagi selama 5 minit.
Bahagikan doh menjadi bebola kecil (40 gm) dan isikan dgn inti ditengahnyer. Kalau nak comel2 lagi, kecilkan lagi ya.
Tutup kembali doh dan pastikan intinyer tidak bocor. letakkan sekeping kertas minyak kecil dibawah setiap doh sebagai alas dan rehatkan doh selama 30 minit lagi sebelum dikukus selama 10 minit.

Wednesday, February 1, 2012

PAVLOVA

Lagi rancangan pavlova ... pavlavo masih dalam rancangan R&D. Dibuat untuk jiran & office mate. Kali ini menggunakan meringue yg ready made. Katanya masuk air & blend aje .. dah siap.

Outcome, terlalu manis. So final choice & the best that I like is pavlova with kastad .... terbaik. Ikut citarasa saya le. Tapi bagi sapa2 nak cuba, boleh aje guna fresh cream ,meringue & kastad. Tapi kalau pavlova tu topping kastad dalam keadaan sejuk dimakan pula dengan aiskrim ... hmmmm. Tak boleh nak cakap dah.


Monday, January 30, 2012

SLICE CHEESE KEK

Singgah lagi kat rumah K Nor secubit garam, jumpa resipi nie ... kebetulan memang nak habiskan stok slice cheese nie ... Tengok le hasilnya. Terimakasih berbanyak kepada penyumbang resipi. Jom .. jom .. kita cuba buat.

SLICE CHEESE CAKE
sumber : Ros(Onigiri)@MyResipi
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara:potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar, kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. Kacau sentiasa.

Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas.
Masukkan adunan kek di dalam acuan .
Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.

Kes malas nak taip semula, resipi ini di copy paste aje dari rumah K Nor @ secubit garam.

Sunday, January 29, 2012

MOIST ORANGE MOCHA BROWNIES

THUMBS UP !!!!! Memang sedap brownies nie .... very moist ... dan juga ada rasa orange tetapi rasanya tidak begitu berat, just nice. Pada sesiapa yang nak try resipi boleh le ... Yatie sertakan sekali di sini. Yatie copy paste resipi ini dari rumah K.Nor@secubit garam. Thank you for sharing this great recipe.


MOIST ORANGE MOCHA BROWNIES

sumber : Ayu S'pore, Yatie & K.Nor


BAHAN-BAHAN:

Bahan A :

1 cawan butter cair / minyak masak

1 cawan susu cair

2 cawan gula perang

1 cawan air panas


1/2 - 1 sudu kecil nescafe - bancuh dengan air panas diatas

2 - 3 sudu besar sunquick orange


Bahan B : (kacau rata) - guna whisk

1 sudu kecil esen vanilla

2 biji telur gred B


Bahan C : ( ayakkan )

2 cawan tepung gandum

1 cawan serbuk koko

1 sudu kecil baking powder

1 sudu kecil soda bikarbonat


CARA MEMBUATNYA:

- Panaskan oven pada suhu 175'C selama 10 minit.

- Kacau bahan A supaya sebati.

- Masukkan bahan B dan kacau rata.

- Masukkan bahan C dan gaulkan supaya sebati.

- Lapikkan kertas dalam loyang 10x 10 inci.

- Bakar selama 45 - 50 minit.Sejukkan kek dan salutkan dengan topping coklat.


Chocolate Topping


250 gm coklat masakan

1 sudu besar butter

1 sudu kecil susu cair


Cara-cara untuk topping :

- Panaskan coklat dalam periuk / bekas secara double boil.

- Bila coklat telah cair tutup api dan campurkan butter.

- Kacau sebati.Masukkan susu cair dan kacau lagi.

- Salutkan pada kek dan hias mengikut kesukaan

Saturday, January 28, 2012

PAVLOVAKU YANG PERTAMA

Hai tertinggal keretapi lagi saya nie ... ramai dah bakers dok tayang kek nie ... sampai hari nie baru lah ada peluang untuk mencuba resipi ini.

Singgah rumah Kak Azlita Masam Manis dan copy resipi dari rumah dia. Thank you Kak Azlita & penyumbang resipi for sharing it.

BAHAN-BAHAN:

4 biji putih telur
1 cawan gula castor - saya letak 1/2 cawan je
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh esen vanila
1 sudu teh cuka makan

CARA MEMBUATNYA:
- Panaskan oven dengan api bawah 170 C nanti bila dah masukkan pavlova turunkan suhu kepada 120-100C
- Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu
- Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
- Di dalam bekas lain, satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka. Kacau rata hingga semua bahan larut & kemudian masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik.

Kalau ikut Kak Ita, dia buat size kecil-kecil ... tapi saya masukkan satu adunan dalam acuan.

Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.

Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya.

Kalau dah kering boleh la dihias dengan toping fresh cream & buah-buahan diatasnya.

Friday, January 27, 2012

APAM PELANGI

Jalan-jalan lagi di rumah Azlita Masam Manis .... eh'eh .... jumpa apam pelangi ... ingatkan ada kek pelangi aje ... rupa-rupanya ada gak Apam Pelangi ... mcm menarik la pulak kan ... jom try.


RESIPI DARI RUMAH KAK AZLITA MASAM MANIS

APAM PELANGI

Sumber : Kak Am


Bahan-bahan:


2 biji telur

1 sudu teh ovellet

1/2 sudu teh esen vanila

150 gm tepung gandum

150 gm gula halus

125 ml santan kara

1 sudu teh baking powder

garam secubit

pewarna


CARA MEMBUATNYA:


- Pukul telur, gula dan ovelet sampai gebu

- masukkan santan dan esen vanilla kacau sebati

- Masukkan tepung yg diayak bersama baking powder kacau rata

- Bahagi kepada 3 warna yg kita suka

- Tuangkan selapis demi selapis sehingga habis

- kukus 30 minit sehingga masak (nie utk masak dlm loyang besar)


Yatie ikut Kak Ita punya style, buat dalam acuan kecil.


Masukkan adunan yg kita dah bhg 3 tu dlm 3 beg plastik yg berasingan. Selepas tu picitkan warna hijau dulu, pas tu picitkan warna kuning pula betul2 ditengah2 warna hijau, kemudian warna merah pula betul2 ditengah2 warna kuning... buat sehingga habis acuan.

Dikukus selama 15 minit.