MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Tuesday, February 7, 2012

DONUT (BESERTA RESIPI LAGI) & APAM DOT

Hmmm ... buat apam dot nie untuk anak lelaki dan perempuan minum petang tatkala hujan mengundang di sebelah petang.



Bukan aje apam dot, donut pun ada tau ... Nak try buat, jom.


Cara nak buat donut sama aje dengan donut yang lain ... bagi yang ada breadmaker lagi senangkan. Tapi yatie tak pasti le pulak caranya sebab tak ada bread maker nie .... heheh.


Resipi donut nie dapatkan rumah Kak Ita Masam Manis le ... apa lagi. Perbezaan kali ini ia menggunakan tepung roti. Jom kita pi dapur.


Bahan-bahan yang diperlukan:
500g tepung roti

100g gula

11g instant yeast

4 biji kuning telur

200 ml air

100g magerine / butter

1 sudu kecil garam


Cara membuatnya:

- Ayak tepung kedalam sebuah mangkuk dan campurkan yis,gaul rata dan masukkan gula,garam,kuning telur dan tambahkan air sambil dikacau rata. Masukkan pula garam dan butter dan kacau sebati.Kemudian uli doh hingga tidak melekat pada mangkuk.

- Rehatkan doh 20-30 min hingga kembang.Kempiskan doh,canai dan terap seperti donat biasa atau bulat2kan saja anggaran setiap satu 40 gmRehat doh semula 20 minit.Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.Biar sejuk.

- Salutkan donat dengan gula atau choc cair ikut selera.

Monday, February 6, 2012

PAVLOVA

Pavlovaku with kastad topping, buat untuk minum petang bersama jiran-jiranku.

LIGHT CHEESE KEK


Jom kita buat light cheese kek pulak. Kali nie ia tak menggunakan slice cheese kek tapi menggunakan cream cheese. Cara lebih kurang sama. Rasa sedap & lembut.

Kepada penyumbang resipi terimakasih. Dah salin kat buku tertinggal pulak nama penyumbang resipinya. Anyway thank you for sharing the resipi.

Bahan-bahan yang diperlukan:

125gm cream cheese
300ml susu segar
80gm butter/majerin (yatie guna butter)
80gm tepung gandum-ayak
80gm gula halus
3 biji telur saiz A -asingkan putih n kuning telur
beberapa titik esen vanilla/jus lemon

Cara membuatnya:
- Masukkan susu segar dalam periuk. masukkan cream cheese n masak sambil dikacau hingga cair.
-Masukkan juga butter dan kacau hingga cair. Padam api dan ketepikan.
- Dibekas lain, pukul putih telur hingga menjadi meringue (tidak tumpah bila diterbalikkan). Ketepikan.
- Pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese, kacau seketika.
- Masukkan tepung sedikit-sedikit & sebatikan. Pastikan adunan tidak berketul2, kacau perlahan dgn hand whisk.
- Akhir sekali, masukkan campuran meringue n esen vanilla/jus lemon. Kaup balik aje hingga rata.
-Masukkan kedalam loyang bergris n beralas n bakar dalam oven yg dipanaskan dahulu pada suhu 160'c selama 45min menggunakan kaedah 'bain marie' iaitu loyang kek diletakkan dalam loyang berisi air panas.

Dah masak tu boleh le makan ya ....

Saturday, February 4, 2012

MINI MUFFIN - DOORGIFT



Mini muffin - tempahan untuk doorgift. Tempahan dari Aunty, pick-up di Restoran Jejantas Sg Buloh. Terimakasih atas tempahan Aunty.




Yang ini, perisa vanilla chocolate rice.

Thursday, February 2, 2012

PAU PANDAN

Jom kita cuba pau pandan. Resipi sumbangan dari Chef Zam, tapi yatie copy dari rumah Azlita masam manis.

Pau Pandan
Resipi sumbangan Chef Zam
Copy resipi ini dari : Azlita Masam Manis

Bahan-bahan yang diperlukan untuk pau pandan:

500 gm tepung khas pau atau tepung Hong Kong (Yatie pakai tepung pau)
1/2 sudu kecil serbuk penaik
1/2 sudu kecil garam halus
1 sudu besar gula
6 gm yis
2 sudu besar lemak sayuran
250 ml air suam1 sudu kecil pandan Emulco - ita tambah
1/2 sudu kecil pewarna hijau - ita tambah
daun pandan - untuk lapik bawah pau

Cara membuatnya:

Campurkan kesemua bahan kering didlm sebuah mangkuk dan masukkan air suam sedikit demi sedikit sambil diuli hingga doh menjadi kenyel serta tidak melekit dijari. (Yatie campak aje dalam mixer dan mixer tu yg uli sehingga tidak melekat).
Bahagikan doh menjadi 2 bahagian dan uli lagi sehingga benar2 licin.
Rehatkan doh di dlm 2 biji mangkuk dan tutupkan dgn tuala basah sehingga doh naik 2 kali ganda dari saiz asal (30 - 1 jam)
Tumbuk2kan doh untuk mengeluarkan gas yg teperangkap dan uli lagi selama 5 minit.
Bahagikan doh menjadi bebola kecil (40 gm) dan isikan dgn inti ditengahnyer. Kalau nak comel2 lagi, kecilkan lagi ya.
Tutup kembali doh dan pastikan intinyer tidak bocor. letakkan sekeping kertas minyak kecil dibawah setiap doh sebagai alas dan rehatkan doh selama 30 minit lagi sebelum dikukus selama 10 minit.

Wednesday, February 1, 2012

PAVLOVA

Lagi rancangan pavlova ... pavlavo masih dalam rancangan R&D. Dibuat untuk jiran & office mate. Kali ini menggunakan meringue yg ready made. Katanya masuk air & blend aje .. dah siap.

Outcome, terlalu manis. So final choice & the best that I like is pavlova with kastad .... terbaik. Ikut citarasa saya le. Tapi bagi sapa2 nak cuba, boleh aje guna fresh cream ,meringue & kastad. Tapi kalau pavlova tu topping kastad dalam keadaan sejuk dimakan pula dengan aiskrim ... hmmmm. Tak boleh nak cakap dah.


Monday, January 30, 2012

SLICE CHEESE KEK

Singgah lagi kat rumah K Nor secubit garam, jumpa resipi nie ... kebetulan memang nak habiskan stok slice cheese nie ... Tengok le hasilnya. Terimakasih berbanyak kepada penyumbang resipi. Jom .. jom .. kita cuba buat.

SLICE CHEESE CAKE
sumber : Ros(Onigiri)@MyResipi
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan:
4-5 keping slice cheese
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila

Cara:potong atau siat slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar, kemudian masukkan dlm periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. Kacau sentiasa.

Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.
Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.
Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.
Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas.
Masukkan adunan kek di dalam acuan .
Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 20cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.
Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.

Kes malas nak taip semula, resipi ini di copy paste aje dari rumah K Nor @ secubit garam.