MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Wednesday, September 12, 2012

UDANG GORENG BUTTER BEREMPAH

 
Ini hasil browsing rumah Kak Ita Masam Manis .... sedap masakan nie ... selain rasa lemak butter ada juga rasa pedas kari .. ala kemelayuan gitu.
 
Terima kasih Kak Ita kerana sudi berkongsi resepinya.  Nak lebih teruja lawatilah blog Kak Ita, terus nak masuk dapur & masak tau.  Dibawah Yatie copy & paste resepinya.
 
 
Resepi : UDANG GORENG BUTTER BEREMPAH
Sumbangan : Kak Ita Masam Manis (http://fromintankitchen.blogspot.com/)
 
1 kg udang (cuci bersih)
1 tangkai daun kari (hiasan)
2 sudu besar butter
Garam & gula secukup rasa
 
Untuk Perapan
2 sudu besar rempah kari daging
1 biji telur
1 sudu esar tepung jagung
garam secukup rasa
 
Perap udang bersama bahan perapan lebih kurang 20 minit.
Kemudian goreng udang dlm minyak panas, angkat & toskan, ketepikan.
 
Untuk Ditumis
1 labu bawang besar dipotong dadu
1 biji bawang putih cincang halus
5 biji cili padi hiris halus
2 tangkai daun kari & hiris halus daunnya (saya ikut Kak Ita campak aje semua)
 
Panaskan butter dlm kuali.
Tumiskan bahan tumis sehingga naik bau
Kemudian masukkan udang & gaul rata serta sebati.
Letak garam & gula secukup rasa
Taburkan daun kari sebagai hiasan.
 
Ok resepi dah ada, bahan-bahannya pun senang .. bolehlah mencubanya pula.

Tuesday, September 11, 2012

TEMPAHAN CUPCAKE

 Tempahan cupcake cokelat topping buttercream tempahan dari pelangganku yang mahu serba simple.

Monday, September 10, 2012

RED VELVET KEK

 Red Velvet kek dengan sentuhan buah-buahan segar tempahan dari pelanggan di Wangsa Maju.

Saturday, September 8, 2012

CHEESY WEDGES DI DAPUR YATIECOOKING

Ada jamuan Hari Raya di lorongku.  Banyak pula jemputan .. mmm .. macam mana .. nak masak apa-apa pun tak sempat.  Dekat rumah pula ada cheesy nachos .. idea terbaik adalah cheesy wedges.  Sambil jalan-jalan memenuhi jemputan, singgah pasaraya beli wedges & mayo.  Inilah hasilnya masakan anak bujangku, Ikhwan Zamri.


KEK HARIJADI, KEK COKELAT


 Thank you to Kavitha yang menempah kek cokelat.

KEK HARIJADI -14


Tempahan dari Puan Zini dari blok 2, Bandar Tasik Puteri, Rawang.  Keknya adalah kek marble.  Kek seberat ~3kg.

Saturday, September 1, 2012

APAM AISKRIM CORNETTO

Jom masuk dapur Kak Azlita Masam Manis ... my favorite dapur right now ... tengok apam nie .. lama dah salin resipi tapi belum lagi berkesempatan.  Akhirnya dapat juga.  Jom pi buat .. Resipi di ambil dari dapur Kak Azlita Masam Manis.


APAM ICE CREAM CORNETTO
Dari resepi APAM ICE CREAM
By: Ibu mertua Erna
Dikongsikan oleh : Mama Fami
Saya copy dari Dapur Azlita Masam Manis

BAHAN-BAHAN YANG DIPERLUKAN :

3 cawan tepung gandum ~ diayak
4 biji telur
2 cawan gula kastor 
3/4 cawan air ice cream soda
1 sudu teh perasa rose ~ ita guna perasa yang berlainan untuk setiap warna
Pewarna ~ ita guna pewarna yang berlainan
Kon kertas secukupnya
Coklat masakan gelap secukupnya ~ dihiris halus
Kekacang/ coklat rice / coklat cip atau manik bewarna

- Pukul telur dan gula hingga, putih, kembang gebu dan ringan ~ anggaran 5-7 minit
* tambahkan 1 sudu teh ovalate jika nakkan adunan apam yang lembut  
- Masukkan tepung yang dah di ayak & kaup balik hingga rata.
- Tambahkan air aiskrim soda dan gaul rata.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dalam mangkuk berasingan
- Letakkan pewarna dan perasa yang anda suka.
- gaul hingga adunan, pewarna dan perasa bergaul sebati

Jika ingin tahu cara2 untuk membuat kelongsong Apam Ais Krim ni kena singgah rumah Azlita Masam Manis.  Kak Ita dah kongsi cara2 nak buat kelongsong & cara2 mengukus apam nie ... anyway, memang Yatie belajar buat dari kak Ita pun.  Thank you Kak Ita for sharing all the knowledge & tips.... menjadi pulak tu in my first try.