MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Friday, March 6, 2009

KRIMWELL ICING

Ramai yang tertanya sebenarnya dengan Yatiecooking tentang resipi membuat icing. Sebenarnya banyak resipi yang anda boleh cuba. Yatie sertakan disini resipi yang Yatie selalu guna, menggunakan krimwell. Dari segi ketahanan di suhu panas, kira ok. Tak pernah menghampakan.

Nota: Resipi ini Yatie dapat dari penyumbang di RNET. Tak ingat nama dia but should give her a credit for sharing the recipes. Thank you.

KRIMWELL ICING

BAHAN-BAHAN:
400g krimwell
100g shortening
2 sudu besar liquid glucose
gula icing

CARA-CARA:
1. Adunkan krimwell, shortening & liquid glucose sehigga sebati
2. Akhir sekali masukkan gula icing mengikut kepekatan dan kemanisan yang dikehendaki.

Wednesday, March 4, 2009

FRUIT TARTS

Fruit Tarts yang ditempah oleh Hana dari Cheras tapi dihantar kerumah adiknya di Hospital Serdang.

Monday, March 2, 2009

MUFFIN SEBAGAI DOORGIFT

Tempahan muffin sebagai doorgift yang ditempah oleh Yanty dari Bandar Tun Razak, Cheras. Yanty memilih perisa chocolate, chocolate choc chip, vanilla & orange. Terimakasih kepada Yanty serta ayah dan ibunya atas tempahan.

Dengan 4 perisa muffin dalam satu kotak, sejumlah 4,800 biji muffin diperlukan untuk 1,200 kotak doorgift.













Kotak ini ditempah oleh Yanty & keluarganya. Kepada pasangan yang ingin menempah kotak ini boleh lah hubungi Cik Khairiah di 03-26912751, Pesona Ilham. Kedainya terletak di City Bazaar (merupakan Panggung Wayang Odeon lama).


Sunday, March 1, 2009

VALENTINE CUPCAKE

Dah masuk pun pun bulan Mac, tapi Yatie lambat mengemaskinikankan blog. Ini tempahan dari seorang kawan di Jalan Tuanku Abdul Rahman untuk kawannya sempena 'Valentine Day'.
Permintaan pelanggan yang mahukan 'extra' chocolate !!!!!




Thursday, February 26, 2009

KEK COKELAT

Kek yang ditempah oleh pelanggan Liza Puji. Disebabkan 'short notice', cuma ada masa 4 jam untuk menyiapkan kek ini, jadi yatie belasah aje apa yang ada. Idea pulak tak dak ..... i hope you enjoy the delicious chocolate kek.

Wednesday, February 25, 2009

APAM BLUEBERRY

Prgghhhh ... lihatlah inti blueberry didalam apam tu ... sedapppp
Disini disertakan resipinya yang Yatie dapat di Mamafami fotopages. Thank you Mama for sharing the resipi. Katanya resipi ini disumbangkan oleh Masriyah. Anyway, thank you all for sharing the recipes.
Bagi yang nak mencuba, inilah resipinya:
APAM BLUEBERRY (boleh buat strawberry gak tau)
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovalette
2 sudu teh esen vanilla
1 cawan susu segar
2 cawan tepung naik sendiri
Jem (blueberry/strawberry)
pewarna
CARA-CARA:
Pukul telur, gula, vanilla & ovalette hingga putih. Masukkan susu segar, kacau dan diikuti dgn tepung.
Setelah sebati, boleh le dimasukkan dalam acuan apam spt yang dihajati. Bubuh sedikit adunan, ditengahnya dibubuh jem pilihan hati & ditutupi semula dengan adunan. Akhir sekali kukus hingga masak.

Tuesday, February 24, 2009

Kuih Pau

Ha! Hikayat Kuih Pau... sebenarnya memang dah lama nak letak resipi nie tapi tak berkesempatan. Sekarang bila dah ada masa, resipinya pulak yang dah hilang ... heheheh

Tak mengapa, lain kali kalau Yatie dah jumpa yatie taipkan semula resipinya ye. Tapi tak susah mana pun, Yatie menggunakan tepung pau yang sudah ready-made yang Yatie beli di kedai bakery. Kat plastik dah siap tulis apa lagi yang diperlukan.

Saja nak mencuba ready-made resipi ini dan hasilnya tidak mengecewakan. Intinya pula kacang merah sebab Yatie memang suka inti kacang merah ...