MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Friday, April 24, 2009

KEK COKELAT MOIST

Yatie tak pasti samada this has been posted earlier or not. Cari-cari tak jumpa dan campur malas pulak tu ... jadi Yatie postkan aje le. Kalau ini merupakan double entry ... well ... just ignore & enjoy the photo.
Kek cokelat moist ini ditempah oleh Leen dari Medix untuk bossnya. Thank you Leen for your support. Walaupun nanti pejabat dah pindah jauh, jangan lupa Yatiecooking tau.

Wednesday, April 22, 2009

CHEESE TART

Cheese Tart yang ditempah oleh Hanipah dari Taman Samudra.

Monday, April 20, 2009

KEK PERKAHWINAN - 2 TIER


Kek perkahwinan 2 tier yang ditempah oleh Ms Chang di rumah suaminya, Bandar Manjalara, Kepong. Kek yang dipilih adalah kek cokelat moist, memilih warna biru & pink.

Terimakasih Ms Chang.

Disamping itu Ms Chang juga menempah fruit tarts untuk majlis makan-makan.

Sunday, April 19, 2009

KEK AFRICAN MARBLE

Koleksi kek african marble yang ditempah oleh Kak Misah dari PPR Sg Bonus, Setapak, Air Panas.

Saturday, April 18, 2009

KEK COKELAT MOIST & KEK PELANGI


Koleksi kek pelangi & kek cokelat moist ini ditempah oleh pelanggan di Wisma Sawit, Kelana Jaya. Terimakasih atas tempahan serta komen-komen.

Friday, April 17, 2009

KEK COKELAT MOIST

Kek Cokelat Moist yang ditempah oleh pelanggan ku di Putrajaya. Minta maaf dik, terlupa nama adik. Anyway, thank you for your order.

Thursday, April 16, 2009

BAKED MAKARONI CHEESE

Baked Makaroni Cheese yang ditempah oleh Puan Na dari Blok 27B, Green Valley Park, Bandar Tasik Puteri, Rawang, Selangor. Thank you for your support. Puan Na memang pelanggan tetap untuk 'Baked Makaroni Cheese'.

Ini juga merupakan resipi ulangan. Cuma yang berbezanya Yatiecooking adalah menokok-nambah gambil gambar-gambar semasa Baked Makaroni Cheese ini dibuat. Harap dapt membantu yang ingin mencuba.

Untuk kesenangan bersama, Yatie sertakan sekali lagi resipinya.














Bagi yang ingin mencuba resipi ini:
Sumber: Kak Noor Masri
Bahan-bahan
250 g macaroni } direbus hingga lembut toskan gaul dgn sedikit mentega















Bahan inti500 g daging cincang – boleh juga diganti dgn daging ayam cincang



30 mentega
1 sudu kecil serbuk lada sulah

























1/2 labu bawang besar } dicincang
1 ulas bawang putih } dicincang halus
1 sudu kecil garam
½ sudu kecil oregano kering atau parsley kering














175 g buah tomato } buang biji, potong dadu
2 biji putih telur
500 ml sos putih
125 g keju cheddar } diparut

Cara membuat:
1. Panaskan mentega, masukkan bawang besar dan bawang putih.















2. Apabila layu masukkan daging cincang, tomato, garam dan lada sulah.

3. Masak lebih kurang 15 minit atau apabila air daging kering, kemudian sejukkan.















4. Bila dah SEJUK masukkan telur putih, kacau sebati.
5. Sapukan loyang bersaiz 7x 5 inci dgn sedikit mentega

Terdpt 2 cara utk memasukkan pasta dan inti kedlm loyang, pilih salah satu cara

Cara I:
Campurkan kesemua pasta dgn inti kemudian masukkan kedlm loyang.Tuang sos putih diatasnya, ratakan.Akhir sekali tabur keju parut .

Cara II:
Masukkan1/3 pasta kemudian tabur 1/2 inti dan sedikit keju parut., lapiskan semula dgn 1/3 lagi pasta diikuti lebihan inti dan sedikit keju dan akhir sekali 1/3 lagi pasta dan atasnya tuang sekata sos putih dan akhir sekali tabur keju parut.















Bakar didlm oven pd suhu 180′C selama 30 min atau sehingga keju keperangan.
Angkat biarkan selama 15 minit sedia utk dihidangkan
Nota: Boleh tambah sayuran spt cendawan, capsicum hijau/merah didlm inti jika suka

Sos Putih :
30 g mentega
1 sudu besar tepung gandum
500 ml susu segar
2 kuning telur
125 g keju cheddar } diparutgaram secukup rasa
½ sudu kecil serbuk lada sulah














Cara membuat sos putih:
1. Cairkan mentega dgn api yg perlahan, masukkan tepung gandum kacau sehingga sebati.

2. Masukkan susu kacau (whisk) dgn menggunakan pemukul telur sehingga sebati.















3. Panaskan sehingga mendidih sambil sentiasa dikacau supaya tidak bergentel.
4. Masukkan garam dan lada sulah secukup rasa.














5. Tutup api, sejukkan sedikit baru masukkan keju parut & kuning telur. Kacau sebati ketepikan.