MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Monday, November 9, 2009

KEK AFRICAN MARBLE & MINI APAM

KEK AFRICAN MARBLE

MINI APAM - PERISA PANDAN, STRAWBERRY, BLUEBERRY

Kesemuanya ditempah oleh Ninie dari Bandar Baru Sentul.

Sunday, November 8, 2009

SPONGE KEK - BEN 10

Sponge kek ditempah oleh Ida dari KLCC untuk harijadi anak tersayang. Mahukan Ben-10 edible image. Yatiecooking juga memohon maaf yang tidak terhingga atas kesilapan menulis nama anak Ida. Sepatutnya Adam Fahmi (memang itu yg ditulis kat buku) somehow out of the zone Yatie buat Ahmad Fahmi kat atas kek. Hmmm .... twilight zone.
Nak try resipi boleh le cuba ... tapi hati-hati sebab sponge kek pembuatannya memerlukan tertib yang betul. Sopan gitu ... kalu tidak bukan jadi sponge kek tapi jadi bantat kek .... hahahahahah. Bercakap melalui pengalaman ?

RESIPI SPONGE KEK
Bahan-bahan:
300g telur
150g gula
150g tepung gandum
2.5g baking powder
Esen Vanilla
80g butter cair
Cara-cara :
1. Pukul telur + gula sampai kembang
2. Campur tepung & baking powder & pukul perlahan
3. Akhir sekali masukkan vanilla + butter cair, digaul sebati. Masa nie gaul ngan senduk aje.
4. Masukkan dalam bekas dan dimasak sehingga masak. (Yatie menggunakan suhu 170C dalam masa 30 minit)

Saturday, November 7, 2009

MUFFIN - DOORGIFT

1000 biji muffin berperisa vanilla ditempah oleh rakan sekerja, Ogy, untuk dijadikan doorgift. Size muffin yang digunakan adalah size 8, harga RM0.60/pc jika dibeli secara individu (loose).
Sempat gak snap gambar muffin tu tengah masak ... heheheh

Hm.. dah siap pun cuma tunggu nak pack dalam flowery plastik.

Dibungkus 3 biji didalam satu plastik, harga RM1.50/plastik.... dah discount tau. Sesuai dijadikan doorgift perkahwinan atau apa jenis kenduri.


KEK PELANGI

Kek pelangi tempahan dari Kak Kam & Kak Asnah di Brunei Embassy. Terimakasih ya kak kerana tak putus- putus 3 minggu berturut-turut menempah kek pelangi ni.

Friday, November 6, 2009

CUPCAKE HANTARAN

Cupcake hantaran yang ditempah oleh Ana. Diambil di Jaya Jusco Wangsa Maju.
Kali ini bertemakan purple & putih.



Thursday, November 5, 2009

Wednesday, November 4, 2009

KEK HANTARAN

Kek hantaran bertemakan pink yang ditempah oleh Zainab. Diambil di The Store Sg Buloh. Terimakasih Zainab.