MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Friday, February 29, 2008

KEK SPONGEBOB !!!!

Kek Spongebob untuk anak-anak yang menyambut hari jadi !!!! Pasti teruja.
Di dalam kek cokelat dan ising menggunakan butter cream.

Kepada Salina yang meminta resipi buttercream, selamat mencuba. Ada macam-macam jenis resipi buttercream, ising & fondant yang digunakan. Cuma bergantung kepada individu nak try & berkenan yang mana satu.
Butter Cream Kak Zie
Bahan A:
250gm mentega
300gm krimwell
Bahan B:
200gm sugar syrup
Cara:
1. Pukul butter dgn kelajuan tinggi sehingga gebu & ringan
2. Masukkan krinwell & pukul hingga naik
3. Masukkan gula syrup sedikit demi sedikit sambil dipukul hingga rata & habis
(Sugar syrup : 200gm gula + 100ml air dimasak selama 20 min)
Butter Cream Tan See Foong (dipinda oleh Anis Adlina)
Bahan:
500g krimwell
250g mentega
1/2 tin susu pekat
1/2 cwn gula aising
Cara:
1. Pukul krimwell + mentega pada kelajuan tinggi hingga kembang & ringan
2. Masukkan susu pekat & gula aising, pukul pada kelajuan rendah hingga sebati
Ada berbagai & bermacam- macam resipi buttercream. akan yatie cuba usahakan untuk membuat compilation sebaik mungkin.

4 comments:

EDNEN FAMILY said...

nmpak sdap!

Wang Cafe & Restaurant said...

cantik nye..sedap nye..

Cik Yan said...

kak krimwell leh carik kat mane slalu..??

Le Soleil said...

salam...icing ni boleh wat bunga ros tegak tak? ke dia nye consistency lembek?