"HAPPY 1ST BIRTHDAY TO DAMIA"
MESSAGE FROM YATIECOOKING
PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!
Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com
Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.
Terimakasih.
Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com
Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.
Terimakasih.
Wednesday, April 30, 2008
Tuesday, April 29, 2008
APAM INDON


Bahan:
5 biji telur
1 sudu kecil ovalette
1 sudu kecil esen vanilla
300gm tepung gandum
300gm gula halus
250ml susu segar/santan (saya pakai susu segar)
1/2 sudu kecil baking powder
sedikit garam
pewarna
Cara-cara:
1. Ayak tepung + baking powder
2. Campurkan garam (nie agak-agak le .. ala ala rasa lemak gitu)+ susu
3. Putar telur + ovalette pd kelajuan tinggi sampai kembang
4. Masukkan gula sedikit demi sedikit & masukkan esen vanilla.
5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang sli dgn susu. Jgn lupa perlahankan kelajuan mixer.
6. Bahagikan adunan kpd beberapa bahagian inkut warna yg disukai.
Monday, April 28, 2008
Sunday, April 27, 2008
KEK STRAWBERRY
Kebetulan buat surprise untuk kawan for her birthday, boleh le bagi my son try buat. Cake is OK, buttercream also OK except that icing tak manis. My son pesan not good for health ... hehehe

This is the birthday girl.
HAPPY BIRTHDAY to you Aslina.

CLOSE-UP OF THE STRAWBERRY CAKE

This strawberry cake is two layered. Kat tengah I put strawberry (hancurkan) + cream cheese.

Friday, April 25, 2008
Thursday, April 24, 2008
CHOCOLATE RICE ORANGE MUFFIN
Bancuhan mentah chocolate rice orange muffin



CHOCOLATE ORANGE RICE MUFFIN
bahan-bahan:
Bahan A
2 cwn tepung gandum - *
1 sudu kecil baking powder - *
1/2 sudu kecil soda bikarbonat - *
1 cawan gula perang
2 sudu besar coklat rice
* - diayak 2 kali
Bahan B
1/2 cwn butter cair
1 cwn jus oren
1 biji telur (pukul skit)
1 sudu kecil oren paste
Cara - cara:
1. Masukkan semua Bahan A dan gaul rata
2. Masukkan pula Bahan B dan gaul rata
3. Siap & masukkan dlm acuan muffin
Wednesday, April 23, 2008
Tuesday, April 22, 2008
Monday, April 21, 2008
KEK SPONGE
125g tepung gandum
120 gula (resipi awal adalah 250g)
4 biji telur
13g ovalette
50g air
60g butter dicairkan
Cara-cara:
Satikan semua bahan kecuali butter cair. Pukul sampai gebu atau 2x ganda naik. Akhir sekali masukkan butter cair & masak mengikut kesesuaian oven masing-masing.
Saturday, April 19, 2008
PANDUAN MEWARNA BUTTER CREAM/ICING
Teruja membaca garis panduan untuk mendapatkan warna tertentu dari http://zatidhati.fotopages.com/ Terima kasih kerana sudi berkongsi. Saya paparkan kembali di blog saya untuk rujukan saya dan kepada sesiapa yang sedang mendalami dunia kek dan icingnya.
Untuk resepi buttercream pula, sila ke Koleksi Resepi. Selalunya untuk mewarnakan buttercream dan ising bukanlah susah, ambil sahaja warna yang sedia ada. Tetapi ada kadang kala warna tersebut memang susah untuk didapati ataupun oleh kerana ketiadaan warna dalam stok di rumah.
HITAM:
Kombinasi royal blue + merah + oren + kuning lemon boleh menghasilkan hitam. Pewarna hitam sendiri tidak dapat menghasilkan warna hitam sebenar. Tip diberi dalam zatidhati fotopages adalah dengan mencampurkan warna cokelat ataupun cokelat emulco dengan warna hitam.
GOLD:
10 bahagian lemon yellow + 3 bahagian oren +
1 bahagian merah
COKLAT:
Merah + hijau dapat menghasilkan warna cokelat. Kadang-kadang warna hijau akan terlebih ton kerana asid dalam ising (jus lemon & cream of tar tar sebagai contoh), jadi elakkan penggunaan asid. Campurkan 1/4 sudu teh air ke dalam bancuhan warna sebelum dimasukkan ke dalam buttercream untuk menghapuskan ton hijau. Nak senang, gantikan aje penggunaannya dengan melted cooking chocolate ataupun serbuk koko.
MERAH:
Campurkan pewarna merah dalam buttercrean dan disimpan 24 jam sebelum digunakan. Disarankan semakin lama disimpan semakin terang warnanya.
UNGU:
Pastikan susu dicampurkan dalam pewarna untuk mengelakkan buttercream menjadi warna biru pudar.
PASTEL:
Campurkan 2 bahagian putih +
1 bahagian mana-mana warna pilihan
APRIKOT:
2 bahagian oren campur + 1 bahagian golden yellow
AQUA:
5 bahagian sky blue + 1 bahagian hijau daun/leaf green
AVOCADO:
4 bahagian lemon yellow + 1 bahagian leaf green +
sedikit warna hitam
BURGUNDY:
5 bahagian rose pink + 1 bahagian violet
CHARTREUSE:
5 bahagian lemon yellow + 1 bahagian hijau daun
RUST:
8 bahagian oren + 2 bahagian merah + 1 bahagian brown
COPPER:
1 bahagian golden yellow + 1 bahagian brown +
1 bahagian christmas red
CORAL:
3 bahagian rose pink + 2 bahagian lemon yellow
LAVENDER:
5 pink + 1 bahagian violet
SILVER/GRAY:
1 bahagian hitam + 1 bahagian biru
TURQOISE:
6 bahagian biru + 1 bahagian lemon yellow
TEAL:
9 bahagian sky blue + 1 bahagian lemon yellow
MAUVE:
5 bahagian rose pink + 2 bahagian oren + 2 bahagian merah +
1 bahagian hitam
PLUM:
1 bahagian violet + sentuhan christmas red
MAROON:
4 bahagian merah + 1 bahagian burgundy
MOSS GREEN:
3 bahagian lemon yellow + 2 bahagian violet
NAVY BLUE:
1 bahagian sky blue + 1 bahagian violet
GRAPE:
1 bahagian sky blur + 6 bahagian rose pink
SELAMAT MENCUBA !!!!!
Thursday, April 17, 2008
AGAR-AGAR PELANGI
Wednesday, April 16, 2008
Tuesday, April 15, 2008
KUIH SAGO

Kuih sago also ordered by K Ain for her office meeting.
Kuih sago is a very traditional & easy to make as well.

1. Rendam sago beberapa jam
2. Bersihkan sago & tapiskan sebelum dimasukkan dlm pengukus
3. Masukkan sago, gula icing secukup rasa 7 kukus sehingga masak
4. Dah sejuk, bolehlah dipotong & dihidangkan dgn kelapa parut.
Monday, April 14, 2008
Subscribe to:
Posts (Atom)