MESSAGE FROM YATIECOOKING
PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!
Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com
Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.
Terimakasih.
Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com
Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.
Terimakasih.
Wednesday, December 31, 2008
Thursday, December 25, 2008
PERASMIAN BALAI POLIS BANDAR TASIK PUTERI ????
HAHAHAHA ... Tajuk memang gempak. Tapi bukannya apa, saja nak bagi suspen. Cerita sebenarnya kisah anak-anak Blok 27B, Green Valley Park dengan Persatuan Silat Gayong yang mereka sertai.
Pada 14 Disember yang lalu telah diadakan Perasmian Balai Polis di Bandar Tasik Puteri. Banyak acara-acara menarik diadakan dan semuanya berkisar tentang polis, tentang apa yang mereka buat, pasukan-pasukan polis ada dan bermacam-macam lagi.
Yang menariknya disini, sempena acara perasmian, buat pertama kalinya Persatuan Seni Silat Gayong yang baru berusia 2 bulan lebih bertapak di Blok 27B, Green Valley Park telah dijemput untuk membuat 10 minit persembahan. Teruja sungguh anak-anak, ada sampai yang tak tidur malam le sebelum hari persembahan.

Inilah Kak Ina yang rajin dan tekun membimbing anak-anak. Ok dah tu Kak Ina .. bila lagi nak berumahtangga ??? hehehehe ....
Ini dia Persatuan Seni Silat Gayong Blok 27B, Green Valley Park, Bandar Tasik Puteri Rawang bergambar bersama pembimbing. Segak sungguh !!!!!!
Ini pula Persatuan Seni Silat Gayong Blok 27B, Green Valley Park yang dicantumkan dengan Persatuan Seni Silat Gayong Batu Arang dalam menghasilkan satu persembahan yang cukup hebat.
Gagah dah tu dik oiii ....
Bersiap sedia untuk memulakan persembahan

Syabas buat semua yang terlibat. Buat guru-guru silat, terimakasih atas bimbingan untuk anak-anak dan buat ibubapa yang hadir menyaksikan persembahan mereka, atas sokongan padu yang diberikan kepada anak-anak ini. Pastinya mereka merasa amat berbangga dengan persembahan mantap dan lebih bermakna dengan kehadiran ibubapa yang memberi sokongan.
Pada 14 Disember yang lalu telah diadakan Perasmian Balai Polis di Bandar Tasik Puteri. Banyak acara-acara menarik diadakan dan semuanya berkisar tentang polis, tentang apa yang mereka buat, pasukan-pasukan polis ada dan bermacam-macam lagi.
Yang menariknya disini, sempena acara perasmian, buat pertama kalinya Persatuan Seni Silat Gayong yang baru berusia 2 bulan lebih bertapak di Blok 27B, Green Valley Park telah dijemput untuk membuat 10 minit persembahan. Teruja sungguh anak-anak, ada sampai yang tak tidur malam le sebelum hari persembahan.
Semangat anak-anak membara. Tekun betul mereka menyiapkan diri sebelum persembahan bermula.
Monday, December 22, 2008
Saturday, December 20, 2008
MENU HARI RAYA HAJI
Raya Haji dah lama berlalu tapi Yatie baru sempat download gambar .. hehehe ...
Tak apa le, yang ingin mencuba boleh cuba untuk Hari Raya tahun depan.

Raya Haji tahun nie teruja nak buat Kek Buah Chef Tania. Lihat le hasilnya.
Chef Tania Fruit Cake
Bahan nya
500 gm Mix fruits di gaul dgn 2 sm tepong sampai rata
Bahan A
250 gm Butter jika hendak basah sedikit blih tambah 2sm cornoil
150gm gula castor
1 sm Ovalett
1 st Orange essence
1 st Vanilla essence
5 biji Telor Besar
Satukan semua bahan bahan ini kecuali telor, pukul sampai kembang dan baru masukan telor sa biji, sabiji
dan pukul lagi sampai sabati....
Bahan B
230 gm Top flour (tak ada Top Flour, saya pakai tepng gandum aje... heheheh)
2 sm Baking Powder
1 sm Bicarbonate Soda
ayak sabanyak 3 kali untk hasil kek yg cantik...... ....
cara nya
1. Masukan adonan B ka A di aduk rata, dan akhir sekali masukan Mix fruits dan di kacau rata lagi.
2. Panaskan oven dgn suhu 160, dan siapkan loyang bulan 9 x 9 x 3 alas dgn kertas dan sapu keliling dgn butter dan masukan adonan tadi....
3. Bakar salama 1 jam 1/2 dgn suhu pelahan 160 saja supaya buah nya tak hangus...... ..

SATE
Sumber: Baya
Bahan A:
4 whole chic breast dan 4-5 keping chic thigh with skin atau 16-20 keping chic thigh - Baya selalu guna nie, lebih sedap
Lidi sate
Bahan B:
1 1/2 sudu besar jintan manis
1 1/2 sudu besar jintan putih
1 sudu besar ketumbar - optional, Baya kadang letak, kadang tidak
3 biji bawang besar
5-6 ulas bawang putih
5-6 batang serai
2 inci halia
2 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
Bahan C:
1 1/2 senduk gula pasir - Baya guna senduk kuah
1 1/2 senduk gula merah
1 1/2 sudu teh garam
1 sudu teh kunyit serbuk
Cara menyediakannya:
1. Kisar bahan B dan campurkan bahan C. Ketepikan.
2. Potong kecil-kecil ayam kemudian marinate dengan bahan B dan C semalaman dalam peti sejuk.
3. Esoknya, buat 1-2 cucuk sate, bakar atas dapur biasa. Rasa dan tambah apa yang kurang. Biasanya kena tambah gula (sate biar rasa manis sikit) atau jintan manis dan jintan putih. Lepas tambah, gaul rata dan boleh dibakar.
4. Sebelum cucuk sate, rendamkan lidinya (untuk elak lidi cepat terbakar; tak payah lama dalam 2-3 jam dah memadai).
5. Cara cucuk sate - cucuk isi, lepas tu kat tengah atau hujung cucukkan kulit ayam. Nanti bila makan rasa macam berlemak.

Resipi kuah sate ini Yatie tak pasti sumbangan siapa, dah tercicir nama penyumbangnya. Kalau penyumbang resipi terbaca, halalkan ye.
KUAH KACANG
Bahan:
2.5 kg kacang tanah, goreng tanpa minyak dan kisar
300 gm udang kering, rendam dan kisar halus
1 kg gula
10 batang serai, dititik
5-7 senduk cili kisar - ikut pedas
20-30 ulas bawang merah, dihiris
15-20 ulas bawang putih, dihiris
Garam secukup rasa
Cara menyediakannya:
1. Panaskan minyak, ,umis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
2. Masukkan cili dan udang kering, tumis hingga cili garing.
3. Masukkan kacang dan gaul hingga kacang sebati dengan cili.
4. Masukkan air (air kena banyak supaya kacang cukup kembang dan tak keras) dan serai.
5. Apabila kacang cukup kembang, masukkan gula dan garam secukup rasa.
6. Masak hingga pekat.

Wednesday, December 17, 2008
Tuesday, December 16, 2008
COKELAT KEK & CHOC MARBLE CHEESE KEK
Monday, December 15, 2008
MUFFIN BERBAGAI PERISA
Sunday, December 14, 2008
Saturday, December 13, 2008
Friday, December 12, 2008
MUSHROOM CHEESE PUFF
Kali ini boleh cuba Mushroom Chese Puff, style Yatie.... ini cara orang malas le sikit. Tapi sungguh mudah untuk disediakan. Amat sesuai untuk vegetarian, penggemar cendawan butang & penggemar cheese.
Untuk Puff:
Yatie beli dah siap puff pastry kawanku. Defrostkan dan diuli semula dan dibentuk ke dalam acuan-acuan pai yang kecil. Bubuh inti mushroom cheese. Bahagian atas ditutup dengan puff pastry & dibakar sehingga masak. Kalau oven saya, suhu 200C api atas bawah selama 25 minit atau sehingga puff naik dan berwarna kekuning-kuningan.
Untuk Inti:
1 biji bawang merah yang dipotong dadu
3 sudu besar butter
1 tin cendawang butang (yatie beli yg dlm tin aje, kes malas)
sedikit daun kering basil
½ st garam
Serbuk lada hitam/lada sulah (mana-mana boleh cuma rasa yang berbeza)
100gm cream cheese

50gm parmesan cheese (tak ada pun tak pe, tapi kalu ada pghhhhh ... meleleh)
sedikit sayur brokoli (tak letak pun tak apa)
Cara
Cara
1. Cairkan butter
2. Masak bawang sehingga layu
3. Masukkan cendawan, brokoli & daun basil
4. Masukkan perasa, lada sulah/lada hitam
5. Setelah masak, campurkan cream cheese & parmesan cheese sehingga ia cair
5. Setelah masak, campurkan cream cheese & parmesan cheese sehingga ia cair
Thursday, December 11, 2008
TEMPAHAN 'MEETING BREAK' - HARI KE-2
Wednesday, December 10, 2008
Tuesday, December 9, 2008
BISKUT RAYA TAHUN BARU CHINA
Subscribe to:
Posts (Atom)