MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Thursday, February 26, 2009

KEK COKELAT

Kek yang ditempah oleh pelanggan Liza Puji. Disebabkan 'short notice', cuma ada masa 4 jam untuk menyiapkan kek ini, jadi yatie belasah aje apa yang ada. Idea pulak tak dak ..... i hope you enjoy the delicious chocolate kek.

Wednesday, February 25, 2009

APAM BLUEBERRY

Prgghhhh ... lihatlah inti blueberry didalam apam tu ... sedapppp
Disini disertakan resipinya yang Yatie dapat di Mamafami fotopages. Thank you Mama for sharing the resipi. Katanya resipi ini disumbangkan oleh Masriyah. Anyway, thank you all for sharing the recipes.
Bagi yang nak mencuba, inilah resipinya:
APAM BLUEBERRY (boleh buat strawberry gak tau)
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil ovalette
2 sudu teh esen vanilla
1 cawan susu segar
2 cawan tepung naik sendiri
Jem (blueberry/strawberry)
pewarna
CARA-CARA:
Pukul telur, gula, vanilla & ovalette hingga putih. Masukkan susu segar, kacau dan diikuti dgn tepung.
Setelah sebati, boleh le dimasukkan dalam acuan apam spt yang dihajati. Bubuh sedikit adunan, ditengahnya dibubuh jem pilihan hati & ditutupi semula dengan adunan. Akhir sekali kukus hingga masak.

Tuesday, February 24, 2009

Kuih Pau

Ha! Hikayat Kuih Pau... sebenarnya memang dah lama nak letak resipi nie tapi tak berkesempatan. Sekarang bila dah ada masa, resipinya pulak yang dah hilang ... heheheh

Tak mengapa, lain kali kalau Yatie dah jumpa yatie taipkan semula resipinya ye. Tapi tak susah mana pun, Yatie menggunakan tepung pau yang sudah ready-made yang Yatie beli di kedai bakery. Kat plastik dah siap tulis apa lagi yang diperlukan.

Saja nak mencuba ready-made resipi ini dan hasilnya tidak mengecewakan. Intinya pula kacang merah sebab Yatie memang suka inti kacang merah ...

VANILLA & STRAWBERRY MUFFINS

Thank you to Intan yang menempah vanilla & strawberry muffin di majlis pertunangannya.

Monday, February 23, 2009

KEK HARIJADI - EDIBLE ULTRAMAN & BLUEBERRY CHEESE TART


Ditempah oleh Norli dari Menara Tan & Tan, Jalan Tun Razak Kuala Lumpur.

Kek cokelat untuk harijadi anaknya yang suka sungguh dengan character Ultraman.

Blueberry cheese tart juga ditempah oleh Norli.

Friday, February 20, 2009

ORANGE CORNFLAKES BUTTER KEK

Hmmm ... nak try kek nie? Kek ini adalah Orange Cornflakes Butter Kek, resipi dari Chef Tania. Lain dari yang lain, kek ini menggunakan Top flour, ia boleh didapati di kedai-kedai kek berhampiran anda ... heheheh ... bunyi macam iklan.

Selalunya kek resipi Chef Tania nie Yatie belasah aje tepung gandum tapi kali ini Yatie berusaha mendapatkan top flour untuk merasai kelainannya. Apa yang lainnya adalah texture kek tersebut .... sedap.

ORANGE CORNFLAKES BUTTER CAKE (CHEF TANIA)

250 GM BUTTER DI CAIRKAN(SCS BUTTER)
40 GM CORNFLAKES DI KISAR HALUS
220 GM TOP FLOUR DI AYAK
230 GM FINE SUGAR
9 BIJI TELOR BESAR AMBIL 7 BIJI PUTIH SAHAJA
1 SM OVALETT ATAU SPONGE GEL
2 SM SUSU MANIS
1 ST ORANGE ESSENCE
1 1/2 ST ORANGE PASTE
1 ST BAKING POWDER SATUKAN DGN TEPONG TOP DI AYAK SEKALI

CARA NYA: ALL IN ONE METHODS

SATUKAN SEMUA BAHAN BAHAN DI ATAS, KECUALI BUTTER CAIR, PUKUL DGN HIGH SPEED HINGGA KEMBANG

DAN MASUKAN BUTTER CAIR ADUK RATA, BILA MASUKAN BUTTER GUNA KAN SENDOK KAYU DI ADUK RATA JGN TERLALU LAMA, SIAP KAN ACUAN 4 PERSEGI 9 X 9 X 3 DI ALAS KERTAS DAN SAPU BUTTER KELILING.
PANASKAN OVEN DHN SUHU 180 DAN BAKAR SELAMA 45 MINS TO 1 HR.... SELAMAT MENCOBA




Ini Yatie convertkan sedikit menjadi cupcake.


Kek ini Yatie buat untuk menyambut harijadi ibu mertua yang ke-72.




















Tuesday, February 17, 2009

MAJLIS GOTONG ROYONG

Pada 1 Februari 20o9, majlis gotong royong telah diadakan di Blok 27B, Green Valley Park. Perasmian telah diadakan pada pukul 8 pagi dimana penduduk Blok 27B berkumpul di padang untuk mendengar taklimat gotong royong. Gotong-royong juga diadakan atas kesedaran untuk meningkatkan kebersihan sekitar semenjak ramainya penghuni diserang demam denggi. Setelah selesai, setiap penduduk pulang ke lorong masing-masing untuk pembersihan.

Seperti biasa, lorong kami, lorong 3/13 memang tidang lekang dengan makanan. Memang dah terkenal seluruh blok 27B tu, kalu lorong makan adalah lorong kami.... hehehe. Selepas acara perasmian, acara gotong-royong lorong 3/13 dimulakan dengan sarapan pagi. Terimakasih kepada Puan Aa (yang membawa mee hoon) dan Puan Zura (yang bersedekahkan nasi lemak).

Berkumpul sementara menanti nasi lemak yang sedikit kelewatan tibanya





Hmmm ... acara menjamu selera nasi lemak




Semangat betul Encik Puzi kita (selaku ketua lorong) membersihkan longkang sambil diperhatikan anak-anak.

Setelah penat membersihkan kawasan, acara disambung dengan makan tengahari. Seperti biasa, lauknya 'pot luck' dan nasinya bawa masing-masing seperti mana yang biasa makan dirumah. Senangkan... cara ini juga untuk mengelakkan pembaziran.






Lauk hidangan tengahari - Puan Roza dengan sop sayurnya yang simple tapi waktu makan ramai-ramai nie ... sedap... berebut habis. Puan Roza juga membawa telur masin yang dipotong bawang & cili api serta diperah asam limau. This is my favorite ... kena ngan nasi panas ... prgghhh








Puan Liza Puji pula dengan sambal ikan bilis petai, manakala Puan Liza Zali dengan ikan bilis cili api. Ini pun one of my favorite gak .. kena dengan cili api yang pedas tu ... orgghh ... hahaha ... banyak sungguh yang favoritenya.








Puan Om dengan masak tempoyak & Puan Norma dengan masak lemak pucuk paku.













Puan Siti dengan ikan siakap kukusnya serta Yatiecooking, apa lagi, sebagai pencuci mulut, bubur kacang



.









Yatiecooking juga ada menyediakan sambal bodoh orang panggil kerana tidak menggunakan belacan & juga sambal tempoyak .... meleleh air liur.










Puan Jun dengan telur masak kicap serta Puan Norma dengan ayam masak kari.



Puan Linda pula dengan kerang masak kari. Bende tu pula adalah hasil titik peluhnya menanam sendiri dibelakang rumah. Satu lorong dah rasa hasil tanaman Puan Linda nie ... terimakasih daun keladi, kalau ada lagi hulurkan kat kami.



Yatiecooking memohon maaf jika tidak dapat mnyiarkan hampir kesemua masakan Puan-puan sekelian seperti Puan Azi dengan sambal ikan (dah ambik tapi gambar tak clear) & telur dadar (lupa nak snap). Puan Milah dengan ayam gorengnya (Milah hantar lambat jadi tak sempat nak snap sebab jurugambar ngah makan masa tu ... hehehe) dan ramai lagi yang mungkin tertinggal. Anyway, terimakasih kepada semua atas kerjasama.
Makanan dah siap, sibuk bentang tikar .. kita makan bersila... baru best.



Doa selamat sebelum acara makan tengahari.









Tiba masa untuk makan ....











Hmmm ... sehingga menjilat jari










Puan Na (gambar kiri) sibuk makan, tak sempat nak menoleh ... hehehe.
En Zam (gambar kanan) dengan menunya sendiri, sup belut, sebab baru operate accident jadi kena pantang makan beb.



Cari jangan tak cari, tambah jangan tak tambah ....

Monday, February 16, 2009

KEK & CUPCAKE HANTARAN

Cupcake Hantaran bertemakan hijau ditempah oleh Iza Sazali dari Blok 27B, Green Valley Park, Bandar Tasik Puteri, Rawang untuk majlis pertunangan.


Kek mentega dimasak sendiri oleh Iza Sazali. Yatie cuma menghiaskannya dengan buttercream - juga bertemakan hijau.