MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Tuesday, March 30, 2010

CUPCAKE & KEK HANTARAN

Cupcake bertemakan gold untuk majlis pertunangan anak Kak Om (jiran depan rumah). Cupcake ini ditempah oleh Puan Roza, jiran depan rumah ku juga. Terimakasih atas tempahan.


Yatiecooking cuma beri touch-up gold kepada kotak agar cupcake nampak lebih anggun & bergaya.



Kak Om juga menempah 1 biji kek hantaran. Yatiecooking membuat design yang sama pada kek agar nampak sedondon gitu.

Terimakasih Kak Om & Puan Roza atas tempahan.







Monday, March 29, 2010

CUPCAKE HANTARAN

Cupcake hantaran ditempah oleh bakal menantu Kak Om (jiran depan rumah). Majlis bertunang di rumah perempuan diadakan di kuantan, pahang.
Tema yang dipilih adalah hijau & maroon. Terimakasih kepada bakal menantu Kak Om ni atas tempahan.




Saturday, March 27, 2010

CUPCAKE DOORGIFT

Kali ini tempahan dari Azrita. Pick-up point Giant Batu Caves. Azrita menempah 700 biji cupcake cokelat untuk dijadikan sebagai doorgift.
Bekas cupcake ini dibeli sendiri oleh Ita ya dan dihias dengan reben hijau, juga dibuat sendiri. Buat ramai-ramai katanya.

Cupcake cokelat yang baru siap di masak.


Cupcake yang telah siap diletak topping buttercream dan cone roses.

Cupcake yang sedang diatur untuk diletakkan topping buttercream dan bentuk daun sebelum diletakkan bunga.


Ita membeli sendiri cone roses yang mempunyai 4 warna ini.

Cantikkan setelah siap semuanya.

Cupcake dah siap, kenalah packing ke dalam kotak.

Terimakasih kepada Azrita dan ini juga merupakan ulangan tempahan dari beliau.

Thursday, March 25, 2010

KEK HANTARAN


Kek hantaran ditempah oleh Atikah. Pick-up point di Giant Rawang.


Terimakasih Atikah atas tempahan.




Tuesday, March 23, 2010

CUPCAKE HANTARAN

Cupcake hantaran ditempah oleh kak Noor Aza - pick-up point Ampang Point.
Terimakasih kak atas tempahan kuning & cokelat ni.





Sunday, March 21, 2010

KEK PELANGI

Kek pelangi yang ditempah oleh Linda dari Wisma Technip, Jalan Tun Razak. Terimakasih Linda atas tempahan dan datang mengambilnya sendiri di pejabat tempat saya bekerja.
Kek ini juga ditempah oleh Kak Nor Aza (pick-up point Ampang Point). Terimakasih Kak.

Saturday, March 20, 2010

MINI MUFFIN

Hheheheh ... the only gambar yang sempat diambil dari tempahan Zura. Zura datang mengambil sendiri di ofis tempat saya bekerja. Zura menempah 250 bungkus plastik yang berisi mini muffin 3 perisa - pandan, choc & vanilla. Terimakasih Zura.

Friday, March 19, 2010

CUPCAKE


Cupcake size 2oz tempahan dari Noreen (pick-up point Carrefour Wangsa Maju). Terimakasih Noreen