MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Monday, April 13, 2009

CUPCAKE KUKUS

Hmmmm ... nampak sedap .... kenalah mencubanya.
Kalau tak kena le order dari Yatiecooking.
Lain dari kebiasaan, kali ini Yatiecooking membuat cupcake kukus. Resipinya menggunakan kek cokelat kukus. Ingin mencuba, Yatie sertakan resipinya. Yatie ambil resipi ini dari salah satu member RNET.... siapa tak ingat .. selalu sangat bila salin resipi tak salin nama tuannya. Minta maaf ye kepada tuan resipi kalau terbaca blog nie ... Tuhan saja membalas jasamu.

KEK COKELAT KUKUS

BAHAN A
1 cwn susu cair
1 cwn air
1 cwn butter cair
2 cwn gula perang

* Semua BAHAN A digaul rata

BAHAN B
2 cwn tepung superfine
1/2 (setengah) cwn serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat

* Semua BAHAN B diayak

BAHAN C
1 biji telur ayam
1 sudu kecil esen vanilla

CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Panaskan kukus
2. BAHAN A dikacau rata
3. Masukkan BAHAN B & dikacau sebati
4. Masukkan BAHAN C & dikacau
5. Masukkan dlm loyang & dikukus 1 jam (dalam kes ini Yatie masukkan dalam paper cup dan jadilah dia cupcake cokelat kukus)

Hasilnya seperti dibawah .... YUMMMY

Nak nampak lebih menarik & melazatkan, apa lagi... kita tambahkan dengan krim cokelat sebagai topping ... sehingga menjilat jari.
Untuk Krim Cokelat:
250gm cooking cokelat
1 sudu besar butter/koko butter
* koko butter boleh didapati di kedai-kedai menjual bahan-bahan kek

- Cairkan krim cokelat & ditambah dgn butter

Cupcake ini pula ditempah oleh Zul dari UTP di Perak. Tak le Yatie hantar sampai kesana, tapi kebetulan dia datang interview, jadi singgah ambil di pejabat. Thank you ye dik for your support. Harap-harap kawan kat UTP enjoy the cupcake.

Cupcake menggunakan paper cup & 20pcs packing.

Friday, April 10, 2009

CUPCAKE SEBAGAI BUAH TANGAN (DOORGIFT)

Cupcake butter untuk anak saudara yang membuat majlis cukur jambul untuk anak sulungya. Cupcake ini dijadikan buah tangan/doorgift kepada para tetamu yang hadir.



Packing yang digunakan adalah seperti dibawah.


Wednesday, April 8, 2009

PULUT KUNING, MUFFIN & DONUT

Mini Donut berwarni-warni di tempah oleh Puan Iza dari Ukay Perdana.
Untuk keknya pula Puan Iza menempah pulut kuning yang dibentuk No 3. Anaknya 3 tahun le tu.
Untuk namanya pula Yatie cuma pakai terap ABC aje. Mula-mula ingat nak buat mashed potato tu & nak tulis nama dia. Tak jadi, sebab dah timbul idea lain. Akhirnya dapat le membuat nama adik Muhammad Darwisy Dinie.

Puan Iza juga menempah Pandan Muffin & Cokelat Muffin.
Terimakasih kepada Puan Iza atas tempahan.



Tuesday, April 7, 2009

SAMBUTAN MAULUD NABI

Pada 21 Mac 2009, Blok 27B - Daisy, Green Valley Park, Bandar Tasik Puteri Rawang telah mengadakan Sambutan Maulud Nabi atas kerjasama dengan Blok 28 (blok bersebelahan aje).
Banyak aktiviti yang telah diatur & dirancang dengan rapi oleh jawatankuasa bertindak sambutan maulud nabi ini. Tahniah diucapkan kepada mereka-mereka yang telah berjaya menjayakan program ini dengan baik sekali.

Banyak acara dan aktiviti yang telah dilangsungkan dari pagi hinggalah ke Forum Perdana di waktu malam. Acara dirasmikan di Blok 27B dengan adanya persembahan nasyid oleh anak-anak dan berbagai lagi serta dituruti dengan ceramah agama di surau Blok 28.

Sebelah malamnya diadakan Forum Perdana.



Monday, April 6, 2009

KEK HARIJADI - UPIN & IPN

Kek Harijadi Upin & Ipin di tempah oleh Linda, jiran depan rumah di Green Valley Park, Bandar Tasik Puteri Rawang untuk anaknya.
Kek didalam adalah kek butter & gambar Upin & Ipin menggunakan teknik edible image.


Thursday, April 2, 2009

KEK PERKAHWINAN

Bertemakan putih & ungu, kek perkahwinan ini ditempah oleh adik Reen dari Biotech. Thank you to Reen juga yang memperkenalkan Yatiecooking kepada adiknya. Thank you to Reen juga yang merupakan pembaca blog Yatiecooking yang setia.
Kek yang Yatie gunakan adalah kek butter. Thank you to adik Reen yang 'open-minded'. Tak kisah Yatie nak buat design apa. Mana taknya selalu kalau orang tempah, warna tema putih/ungu - putih/pink, ramai yang menggunakan putih sebagai tanah. Untuk menimbulkan kelainan, Yatie telah mencadangkan kepada adik Reen menggunakan ungu sebagai tanah & putih sebagai bunga. I hope you really like it.

And personally, pi kedai bunga terjumpa plak seekor rama-rama warna ungu. Itu yang seekor kat kek tu. Anyway, yatie suka kalau free-hand dimana pelanggan memberikan sepenuh kepercayaan kepada yatie untuk membuat design sendiri. Tak lah gementar sangat & idea lagi banyak yang datang selalunya.

Kek perkahwinan yang ditempah merupakan kek 2 tingkat. Di sebelah bawah dengan hiasan simple bunga putih dan hiasan atas dengan patung perkahwinan.



Wednesday, April 1, 2009

KEK HARIJADI

Hmmmm..... banyak kisah tentang kek ni. Dalamnya kek pelangi. Ditempah oleh pelanggan dari Kota Damansara. Tapi atas disebabkan oleh perkara-perkara yang tidap dapat dielakkan, tempahan telah di'cancel' last minute.
Apa nak buat, kek pun dah siap .... makan aje le. Kalau kena macam ini 2 kali seminggu, kena berhenti buat kek le plak.... hahahaha ... rugi sebab asyik nak kena makan kek sendiri ....