MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Thursday, April 2, 2009

KEK PERKAHWINAN

Bertemakan putih & ungu, kek perkahwinan ini ditempah oleh adik Reen dari Biotech. Thank you to Reen juga yang memperkenalkan Yatiecooking kepada adiknya. Thank you to Reen juga yang merupakan pembaca blog Yatiecooking yang setia.
Kek yang Yatie gunakan adalah kek butter. Thank you to adik Reen yang 'open-minded'. Tak kisah Yatie nak buat design apa. Mana taknya selalu kalau orang tempah, warna tema putih/ungu - putih/pink, ramai yang menggunakan putih sebagai tanah. Untuk menimbulkan kelainan, Yatie telah mencadangkan kepada adik Reen menggunakan ungu sebagai tanah & putih sebagai bunga. I hope you really like it.

And personally, pi kedai bunga terjumpa plak seekor rama-rama warna ungu. Itu yang seekor kat kek tu. Anyway, yatie suka kalau free-hand dimana pelanggan memberikan sepenuh kepercayaan kepada yatie untuk membuat design sendiri. Tak lah gementar sangat & idea lagi banyak yang datang selalunya.

Kek perkahwinan yang ditempah merupakan kek 2 tingkat. Di sebelah bawah dengan hiasan simple bunga putih dan hiasan atas dengan patung perkahwinan.



No comments: