Post kali ini lari dari topik kek & kuih-muih. Trip ini sebenarnya dah lama, bulan Mac hari itu tapi tak berkesempatan untuk edit & load. Maaf le kepada jiran & rakan yang menantikan post ini ye. Seperti biasa, tahun ini lorong 3/13 telah sepakat untuk ke Medan. Lebih kurang 20 orang anak-anak, ibu & bapa yang mengikuti program jelajah ini.
Sebaik sahaja menjejakkan kaki di lapangan terbang Medan, kami terus dibawa untuk makan tengahari. Apa lagi ... nasi padang le.

Senyum jangan tak senyum ... baru sampai Medan ... heheheheh

Ha ! Ini pecal Medan.

Daging goreng - my hubby & me punya favorite.
Udang goreng tepung - my hubby punya favorite gak.
Gembira semunya menanti hidangan dihidangkan untuk makan tengahari.

Sebaik sahaja habis makan & menunaikan solat & menyegarkan badan, kami meneruskan perjalanan hari pertama kami di Medan terus ke Lake Toba.

Perjalanan kami dari lapangan terbang ke Lake Toba memakan masa lebih kurang 4 jam. Ada juga yang sempat tidur kat belakang tu...... almaklum perut pu dah kenyang.

Inilah panorama yang sempat diambil oleh saya melihat kenderaan motor ini dengan 7 pemboncengnya.

Kami tiba di Lake Toba lebih kurang pukul 8 malam. Suasananya sejuk sekali ditambah pula dengan hujan renyai-renyai menyambut kedatangan kami.
Sebelum mendaftar masuk di hotel, kami singgah dulu di Restoran Nasi Padang Lake Toba.


Maggie 'Indon'.
No comments:
Post a Comment