MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Wednesday, January 25, 2012

ROTI BENGALI

Jom-jom kita singgah kat rumah Kak Azlita Masam Manis .... banyak betul masakannya ... gambarnya pun membuatkan kita teruja untuk membuatnya sendiri. Salah satu masakan yang dah terpaut adalah ROTI BENGALI. Kebetulan ada rendang ayam tua ... hmmm ... sedap tu buat cicah dengan roti bengali nie.


Resipi ini diambil dirumah Kak Azlita Masam Manis ya. Credit for her for sharing the recipe with us. Thank you Kak Azlita Masam Manis.


ROTI BENGALI
by:
Sofinar
Sumber : Mas Duniaku

Bahan A


350g tepung roti
1 sudu besar shortening

secubit garam

Bahan B
120 - 160 ml air suam - Mas letak 120 ml - ita letak 160 ml (saya guna 160ml)
1 sudu makan yis serbuk
2 sudu makan gula castor

Cara membuatnya :


- Bahan B digaul bersama
- Semua Bahan A digaul sebentar
- Campur bahan A dan B, uli hingga licin dan lembut.
- Perap hingga naik 2 kali ganda. kira- kira 30 - 40 minit
- Kemudian tumbuk2 untuk keluarkan angin,
- Bulat-bulatkan bergantung berapa besar roti yang diinginkan
- Perap lagi hingga naik 2x ganda semula.
- Bakar 180 c selama 20 - 30 minit
****Air tu cuba sikit dulu takut terlembik adunan.

SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!1

Tuesday, January 24, 2012

KARIPAP

Jalan-jalan di rumah Kak Nor@ secubit garam geram rasanya. Tengok banyaknya resipi yang hendak dicuba.

Yatiecooking nasihatkan bagi yang ingin mencuba-cuba, rajin-rajinlah singgah rumah mereka.

Kebetulan anak nak makan karipap sardin. Selalunya dok order aje dari jiran depan rumah. Tapi production diberhentikan buat sementara waktu jadi terpaksalah maknya merajinkan diri ke dapur dok buat karipap nie. Inti favorite my children is sardin. Jalan punya jalan singgah kat rumah Kak Nor terjumpa resipi karipap nie. Kak Nor minta halal share resipi ya.

DOH KARIPAP

Resepi: TUN
Sumber : Izah & K.Nor

BAHAN-BAHAN:

4 cawan tepung
2 sudu besar margerin ~ k.nor guna butter (saya pun sama ikut k nor)
1/2 (setengah) cawan minyak
3/4 (tiga suku) cawan air
1/2 (setengah) sudu teh garam

CARA-CARA:

- Panaskan margerin dan minyak dlm periuk. Tutup api.
- Tengah panas2 tu, masukkan tepung dlm periuk tadi dan gaul guna garpu (jgn guna tangan, melecur nanti).
- Dah sejuk sikit, campur garam dan air.Uli hingga sebati.

Yatie dah try & ternyata memang rangup kulitnya. Cubalah !

Monday, January 23, 2012

PEMBERITAHUAN

Yatiecooking ingin mengucapkan terimakasih kepada pelanggan Yatiecooking yang menempah cupcake hantaran, doorgift & juga kek hantaran dari awal Januari hingga Chinese New Years. Atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, gambar-gambar tidak dapat di uploadkan.

Sunday, January 8, 2012

KEK DURIAN

Di musim-musim durian nie, mesti banyak durian kan ... so jom kita buat kek durian lak. Resipi nie Yatie tak ingat lak ambik kat mana. Jalan-jalan tenampak resipi kek durian nie terus buat ... pas tu cari balik tak jumpa ... anyway thank you for sharing the resipi. Keknya lembut sangat.

KEK DURIAN
SUMBER : SORRY TAK INGAT AMBIK KAT MANA

BAHAN-BAHAN:
185gm butter
150 gm gula ising
4 biji telur diasingkan kuning/putih
185gm tepung naik sendiri
125gm isi durian (dikisar)
secubit cream of tartar

CARA MEMBUATNYA:

1 - Butter & gula dipukul hingga kembang
2 - Masukkan kuning telur satu persatu & pukul sampai gebu
3 - Kemudian masukkan tepung diikuti dgn isi durian
4 - Di bekas yanglain, pukul putih telur dicampur sedikit cream tartar hingga kembang dan kental
5 - Campurkan adunan telur putih yang telah kental ke dalam adunan kek. Cukup disebatikan dengan menggunakan senduk
6 - Dibakar pada suhu 170C selama 40 -50 minit atau sehingga kek masak

Friday, January 6, 2012

RED VELVET KEK

My red velvet kek tempahan kawan sek rendah lagi, Noreeta Mansor. Ingin mencuba sendiri, disini disertakan resipinya atau boleh le browse kat myresipi untuk resipinya yang lebih exclusive.

RED VELVET KEK

SUMBER : MYRESIPI


BAHAN-BAHAN:

2 setengah cawan tepung kek

(semasa menyukat tepung, pada sukatan 1 cawan tepung dimasukkan 2 sudu kecil cornstarch dan selebihnya adalah tepung, ayak sebanyak 3 kali)

1 sudu kecil baking powder

2 sudu besar serbuk koko

2 oz pewarna merah

setengah cawan butter

1 setengah cawan gula

2 biji telur

2 sudu kecil esen vanilla

1 cawan buttermilk

1 sudu kecil cuka putih

1 sudu kecil soda bikarbonat


CARA MEMBUATNYA:


1 CAWAN BUTTERMILK:

240ml susu full cream

1 tiga perempat (3/4) cream tartar

1 sudu besar cuka putih @ 1 sudu besar jus lemon


Campurkan semua dan diperapkan selama 15 minit. Pastikan dikacau sebaik sahaja mahu digunakan.


KEK:

1. Panaskan oven 170C

2. Ayak tepung & baking powder

3. Serbuk koko & pewarna merah dikacau jadi pes (pastikan tidak berketul)

4. Pukul butter & gula hingga kembang.

5. Masukkan telur satu persatu diikuti dgn vanilla & pes koko merah, sebatikan.

6. Masuk tepung beselang seli dengan buttercream sehingga habis

7. Dibe kas yang lain, kacau cuka & baking soda. Ia akan menghasilkan buih, campurkan ke dalam adunan kek, gaul sebati dan bakar 25 - 30 minit atau sehingga masak.

8. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum diterbalikkan.


SELAMAT MENCUBA !!!!!!

Thursday, January 5, 2012

ROSE PAU & PUDING BALQIS

2,400 biji rose pau yang ditempah dari JVC Manufacturing untuk majlis hi-teanya.

1200 bekas puding Balqis. Terimakasih Nurisma atas tempahan.