MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Tuesday, January 4, 2011

KEK LAPIS HAWFLAKES

Kek lapis hawflakes (asam manis) ditempah oleh Puna Ida dari Green Valley Park, Bdr Tasik Puetri, Rawang. Hari itu ada permintaan resipi tapi tak ingat pulak dah upload ke belum.

Ini resipinya ya diambil dari Buku Kek Lapis Sarawak terbitan One Publisher.

BAHAN-BAHAN:
300gm mentega
100gm gula halus
6 biji telur
180gm susu pekat
120gm tepung biasa
1 sudu teh serbuk penaik
300gm hawflakes (agak-agak ye)

CARA MEMBUAT:
1 - Pukul mentega & gula sehingga berkrim, campurkan telur satu demi satu. Pukul selepas setiap tambahan.
2 - Masukkan susu pekat & digaul rata
3 - Ayak tepung & serbuk penaik, gaul sehingga adunan berkrim
4 - Masukkan adunan ke dalam bekas selapis demi selapis di selang seli dgn asam manis. Selalunya selapis adunan memerlukan 5 atau 6 sudu besar bergantung kepada besar acuan digunakan . Lapis satu adunan diletak asam manis dan dikukus sehingga masak dan di sambung dengan lapisan yang seterusnya sehingga adunan habis.
SELAMAT MENCUBA !!!

Monday, January 3, 2011

CUPCAKE HANTARAN

Cupcake hantaran yang ditempah oleh Eiqa bersama dengan edible image Honda Prelude. Thank you Eiqa atas tempahan.


Sunday, January 2, 2011

TEMPAHAN CUPCAKE HANTARAN


Tempahan cupcake hantaran bertemakan merah/putih. Terimakasih atas tempahan.





CUPCAKE COKELAT

Cupcake cokelat tempahan dari Pn Ida dari Green Valley Park, Bdr Tasik Puteri, Rawang. Ini merupakan siaran ulangan resipi ya ... heheheheh

Yatie selalu menggunakan resipi ini untuk cupcake cokelat. Sungguh mudah untuk dibuat. Resipi didapati dari Myresipi.com sumbangan dari alma.

CUPCAKE COKELAT

BAHAN-BAHANNYA:
300gm tepung
350gm gula
1/2 cwn serbuk koko
1 1/2 sudu kecik soda bikarbonat
1/2 cawan butter
2 sudu kecil esen vanilla
1 1 /2 cawan susu segar
* 2 biji telur

CARA-CARA:
1. Campurkan ke semua bahan-bahan kecuali * ke dalam bekas. Pukul dengan kelajuan rendah untuk sebatikan adunan. Kemudian pukul dgn kelajuan tinggi lebih kurang 2 minit.
2. Campurkan telur & pukul dgn kelajuan tinggi selama 2 minit.
3. Masukkan adunan ke dalam acuan cupcake yg dikehendaki dan bakar mengikut kesesuaian oven masing-masing.
4. Masak lebih kurang 170C selama +- 20 monit atau sehingga cupcake masak.
SELAMAT MENCUBA !!!!

Saturday, January 1, 2011

CUPCAKE HANTARAN


Cupcake hantaran bertemakan warna gold + hitam + krim ditempah oleh Ros. Thank you Ros atas tempahan.




Thursday, December 30, 2010

KEK LABU



Resipi didapati dari blog Mat Gebu. Thank you for sharing. It's really a good cake & it tastes good.

BAHAN-BAHANNYA:

3 biji telur
1 cwn minyak jagung (Mat Gebu tulis kat blog dia kata kalu nak sedap guna mentega cair)
1 1/2 cwn gula halus
1 camca teh esen vanilla
1/4 camca teh garam
450gm labu (kupas kulit, kukus hingga lembut & licik)
2 1/2 cwn tepung gandum
1 camca teh soda bikarbonate
1/2 camca teh baking powder
1 1/2 camca besar susu tepung (digaul rata & ayak)


CARA MEMBUATNYA:

1 - Dalam satu bekas, satukan telur, gula, garam, minyak (butter), labu manis yg sudah dilecek & esen vanilla dan dikacau hingga sebati.
2 - Kemudian masukkan tepung (sudah dicampur soda bikarbonate, baking powder, susu tepung) sedikit demi sedikit & kacau adunan hingga sebati & tiada berbintil-bintil.
3 - Tuang dalam acuan dan siap utk dibakar.
4 - Bakar untuk selama 50 minit - 1 jam bergantung kpd oven masing-masing.
5 - Pesanan : kalunak sedap simpan kek ni semalaman sebelum dihidangkan kerana ianya menjadikan kek lebih lembut & lembap.

Tuesday, December 28, 2010

MINI MUFFIN BERBAGAI PERISA UNTUK DOORGIFT

Mini muffin berbagai perisa dibungkus dlm gift plastik sesuai untuk doorgift. Ditempah oleh Norfaezah yang datang mengambilnya sendiri di tempat saya berkerja. Thank you for your order dear.