MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Saturday, April 19, 2008

PANDUAN MEWARNA BUTTER CREAM/ICING

Teruja membaca garis panduan untuk mendapatkan warna tertentu dari http://zatidhati.fotopages.com/ Terima kasih kerana sudi berkongsi. Saya paparkan kembali di blog saya untuk rujukan saya dan kepada sesiapa yang sedang mendalami dunia kek dan icingnya.
Untuk resepi buttercream pula, sila ke Koleksi Resepi. Selalunya untuk mewarnakan buttercream dan ising bukanlah susah, ambil sahaja warna yang sedia ada. Tetapi ada kadang kala warna tersebut memang susah untuk didapati ataupun oleh kerana ketiadaan warna dalam stok di rumah.
HITAM:
Kombinasi royal blue + merah + oren + kuning lemon boleh menghasilkan hitam. Pewarna hitam sendiri tidak dapat menghasilkan warna hitam sebenar. Tip diberi dalam zatidhati fotopages adalah dengan mencampurkan warna cokelat ataupun cokelat emulco dengan warna hitam.
GOLD:
10 bahagian lemon yellow + 3 bahagian oren +
1 bahagian merah
COKLAT:
Merah + hijau dapat menghasilkan warna cokelat. Kadang-kadang warna hijau akan terlebih ton kerana asid dalam ising (jus lemon & cream of tar tar sebagai contoh), jadi elakkan penggunaan asid. Campurkan 1/4 sudu teh air ke dalam bancuhan warna sebelum dimasukkan ke dalam buttercream untuk menghapuskan ton hijau. Nak senang, gantikan aje penggunaannya dengan melted cooking chocolate ataupun serbuk koko.
MERAH:
Campurkan pewarna merah dalam buttercrean dan disimpan 24 jam sebelum digunakan. Disarankan semakin lama disimpan semakin terang warnanya.
UNGU:
Pastikan susu dicampurkan dalam pewarna untuk mengelakkan buttercream menjadi warna biru pudar.
PASTEL:
Campurkan 2 bahagian putih +
1 bahagian mana-mana warna pilihan
APRIKOT:
2 bahagian oren campur + 1 bahagian golden yellow
AQUA:
5 bahagian sky blue + 1 bahagian hijau daun/leaf green
AVOCADO:
4 bahagian lemon yellow + 1 bahagian leaf green +
sedikit warna hitam
BURGUNDY:
5 bahagian rose pink + 1 bahagian violet
CHARTREUSE:
5 bahagian lemon yellow + 1 bahagian hijau daun
RUST:
8 bahagian oren + 2 bahagian merah + 1 bahagian brown
COPPER:
1 bahagian golden yellow + 1 bahagian brown +
1 bahagian christmas red
CORAL:
3 bahagian rose pink + 2 bahagian lemon yellow
LAVENDER:
5 pink + 1 bahagian violet
SILVER/GRAY:
1 bahagian hitam + 1 bahagian biru
TURQOISE:
6 bahagian biru + 1 bahagian lemon yellow
TEAL:
9 bahagian sky blue + 1 bahagian lemon yellow
MAUVE:
5 bahagian rose pink + 2 bahagian oren + 2 bahagian merah +
1 bahagian hitam
PLUM:
1 bahagian violet + sentuhan christmas red
MAROON:
4 bahagian merah + 1 bahagian burgundy
MOSS GREEN:
3 bahagian lemon yellow + 2 bahagian violet
NAVY BLUE:
1 bahagian sky blue + 1 bahagian violet
GRAPE:
1 bahagian sky blur + 6 bahagian rose pink
SELAMAT MENCUBA !!!!!

2 comments:

Reena said...

panduan yang sungguh berharga,..thanks..

eLyza said...

wow.. bagus nye. sgt bagus la utk sy yg baru nk cuba buat buttercream ni. sbb ader yg request. terima kasih :-)

btw, sila la lawat blog sy yer:
http://elyza-blogshop.blogspot.com.
Mcm2 ada. Barang ORI Elizabeth Arden pun ada.