MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Sunday, October 5, 2008

BLUEBERRY TART

Ini edisi terakhir biskut raya. BLUEBERRY TART. Biasanya orang buat pineapple tart tapi tahun nie yatie buat blueberry tart. Resipi disumbangkan oleh Kak Ita dari RNet & idea blueberry nie juga adalah dari Kak Ita delight. Terimakasih atas sumbangan resipi & juga idea.

TART GULUNG
Sumbangan : Kak Ita dari RNET

BAHAN A

250gm butter
2 st gula kastor
2 biji kuning telur
2 st esen vanilla

BAHAN B

200gm tepung jagung
180gm tepung gandum

CARA-CARA:
1. Sebatikan semua bahan A
2. Masukkan bahan B & sebatikan menjadi doh yang lembut
3. Masukkan ke dalam acuan tart gulung & bentukkan & letak inti di dalam.
4. Bakar 25 minit.

RESIPI ASAL INI ADALAH PINEAPPLE TART GULUNG YANG TELAH DIUBAHSUAI OLEH YATIE. YATIE TELAH MENUKAR PENGGUNAAN JEM NENAS KEPADA JEM BLUEBERRY DAN MENAMBAH SEDIKIT PEWARNA UNGU.

10 comments:

SlimOrg said...

Ishhh...
Tart is my yummie, like it...
Ngapa la baru jumpa blog ni,
kalau awal sikit dah tentu minta wife
buatkan utk raya.

Delicious Food said...

tak apa.. boleh suruh dia cuba anytime .. untuk raya haji pun boleh.

Reena said...

salam, jem tu guna nenas juga ke dan campur sikit color ungu. klu letak blueberry jem boleh tak?

Unknown said...

klu saya nak order satu jer boleh ke?

Nad Dila said...

nak bakar tu gune bape degree ek...

Unknown said...

a ah.. nk bakar degree bape ek.. kang terhangus rentung laks.. hihihihi.. da la bdk bru bljar ni... =D

Ima said...

akak, caner jem blueberi tu jadik keras...biasa kan jem blueberi lembik sikit..jem nenas utk tart kan dia keras, senang nak wat bulat2, tapi kalau jem lembik, caner nak buat...

Kitchen Maktok (Sajian Dapur Bonda) said...

Salam kenal. Blogwalking dan singgah di blog Yatie ni. Tertarik hati dengan blueberry tart. Tak lama lagi Raya, bolehlah Kak Noor cuba buat. Jem blueberry tu Yatie campur tepung sikit ke untuk mengeraskannya?

Delicious Food said...

Jem blueberry tart mcm jem tat nenas yg ada dijual di kedai bakery ... cubalah

Delicious Food said...

Jem blueberry tart mcm jem tat nenas yg ada dijual di kedai bakery ... cubalah