MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Monday, February 2, 2009

MENDEKO KEK DI MIDVALLEY

Pada 24 January 2009, Yatiecooking maju setapak lagi. Berganding bahu dengan rakan, Liza Cookies, telah dijemput untuk mendemonstrasi cara-cara membuat dan mendeko kek. Acara berlangsung di Midvallley Exhibition Centre sempena Festival Pembangunan Ekonomi Islam. Terimakasih yang tidak terhingga atas peluang yang telah diberikan kepada Yatiecooking.Berposing dengan anak sulung Yatie yang berusia 15 tahun yang menunjukkan minat didalam bidang perniagaan.










Setelah selesai rakan seperjuangan selesai menunjuk ajar cara-cara membuat kek pelangi, tibalah giliran Yatie untuk mendeko kek. Mula-mula penerangan mengenai bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat buttercream aising. Sambil dibantu oleh anak sulung saya, adunan aising dibancuh.





Rasa panik yang amat sangat, sampai terlupa nak ajar penonton untuk membersihkan kek sebelum di lepa aising. Tak pe ... pengajaran ... jangan panik ...
Cara-cara untuk mewarnakan buttercream aising juga diajar kepada penonton.








Ingatkan nak kerja senang... hehehehhe .. ambil idea untuk ajar penonton menggunakan edible image. Nampak senang .. terfikir juga, kalau membuat bunga-bungaan, nampak pulak ketar tangan. Lain pulak ceritanya bila edible image spongebob dikeluarkan. Apa lagi, anak-anak dah memenuhi meja .... tak sabar.










Dah siap pun tampalan edible image tu ... rasanya macam lama sangat .. memang plan pun tak nak habiskan hiasan tu, tapi pengacara kata banyak masa lagi ... alamak ... change of plan !!!!
Yatiecooking juga ada menyediakan sample-sample cupcake. Ni pun kira nak melambat-lambatkan masa ... hahahah .... masih banyak masa lagi.













Kerja-kerja mendeko kek sedang dijalankan....











Setelah selesai mendeko kek, ada sessi bertemu peminat plak .... hahahah ... perasan tu ...











Acara bertemu peminat serta pembahagian kek-kek/cupcake secara percuma untuk penonton 'food test'.













1 comment:

KAK G said...

WOW ....caya laa yatie
good luck.