MESSAGE FROM YATIECOOKING

PERHATIAN BUAT PELANGGAN YATIECOOKING !!!!!



Akaun email yatiecooking telah ditukar kepada yatiecooking4@gmail.com

Yatiecooking mempunyai facebook akaun yang baru - Norhayati Basri, yatiecooking4@gmail.com. Sila maklum.

Terimakasih.

Thursday, June 30, 2011

TEMPAHAN NORISMA



Cupcake cokelat


snowy cupcake












Kek Kukus Asam manis


Kek African marble

Tuesday, June 28, 2011

Saturday, June 25, 2011

MARBLE CAKE & CHOC MARBLE CAKE

Choc marble cake in the making - gambar bawah.
Marble Cake



Tempahan Kak Kam & the gangsss





Sunday, June 19, 2011

TEMPAHAN KEK HARIJADI - EDIBLE PRINCESS

Tempahan kek harijadi ditempah oleh jiran. Kek yang dipinta adalah kek cokelat moist.
Terimakasih atas tempahan.





Saturday, June 18, 2011

KEK ALUNAN KASIH & CREAM PUFF JAGUNG

Tempahan dari Puan Rose ... selalunya jumpa kat secret places ... hehehehheeh. Thank you for your order.
Nie adalah rupa cream puff sebelum dimasak.





Thursday, June 16, 2011

KEK PELANGI & KEK COKELAT

Terimakasih kepada Kak Kam dan jiran-jirannya di Cheras. Mereka menempah banyak kek pelangi untuk majlis perkahwinan jiran mereka.
Sempena dengan itu, Yatiecooking pun juga menghadiahkan kek alunan kasih & kek cokelat ini atas jasa-jasa mereka menyokong Yatiecooking selama ini.



Wednesday, June 15, 2011

KEK ALUNAN KASIH

Teruja bila pertama kali tengok kek nie ... alamak hai!!!!! cantiknya.... tengok pula resipi ... heheheh ... biasa le takut buat tak menjadi. tapi akhirnya, alhamdulillah ... this is the outcome.


Resipi ini dapatkan ummizaihadi's blog. Memang salute habis kat akak nie ... penuh resipi. Hari2 lak posting .... tabik sikit kat akak.




Bagi yang ingin mencuba, boleh pi kat blog akak nie ... kalu nak search, search under home sweet home musti akan ada tertera homeswwet home ummi zaihadi blog.




Anyway, post gak le resipi kat sini untuk kemudahan follower yatiecooking.




BAHAN-BAHAN:


5 biji telur


250gm butter


2 1/2 (setengah) cawan tepung


3 sudu kecil baking powder


2 cawan gula halus


1/2 cawan susu cair


1 sudu kecil esen vanilla


serbuk kok secukupnya untuk melapis




CARA MEMBUATNYA:


1. Butter & gula dipukul hingga kembang


2. Kemudian dimasukkan telur satu persatu dan dipukul sebati


3. Masukkan esen vanilla, susu cair berselang seli dangan tepung






CARA NAK MELAPIS KEK ALUNAN KASIH:




1. Bahagikan adunan kepada 3


2. Setiap satu diwarnakan mengikut warna yang kita suka. Disini saya suka menggunakan warna pink, orange & biru.


3. Lapisan bawah adalah lapisan berwarna biru. Letakkan ya satu adunan biru tu dalam bekas sehingga habis dan ratakan permukaannya


4. Kemudian lapiskan dengan serbuk koko. Disini serbuk koko tu ditapis dan diratakan keseluruh permukaan berwarna biru tu.


5. Lapisan kedua adalah yang berwarna oren. Berhati-hati bila letak lapisan kedua nie sebab dalam proses meratakan adunan oren nie, kalau dia tak cukup tebal adunannya akan mengikut sekali dengan spatula kita ... jadi kurang menjadi skit le alunan seperti dlm gambar tu ...


6. Lapis lagi sekali dengan serbuk koko


7. Akhir sekali lapisan berwarna pink


8. Bakar ... kalau ikut oven saya Europa, saya pakai api atas bawah 160 selama 30 minit dan kemudian 15 -20 minit menggunakan api bawah shj. Actually cara nak membakar nie banyak bergangtung kepada oven masing2 ya. Jadi kena pandai-pandai adjust ya.




SELAMAT MENCUBA !!!!!!!!!!!!!!

Saturday, June 11, 2011

BEN-10 KEK



Ben-10 kek untuk Mohammad Asri, ditempah oleh ibunya. Kek permintaan adalah kek cokelat bersalut topping buttercream. Terimakasih atas tempahan.




Friday, June 10, 2011

DOORGIFT UNTUK CAKUR JAMBUL



Cupcake utk doorgift majlis cukur jambul tempahan dari Cik Om (jiran di rumah). Terimakasih atas tempahan.